Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat
dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya,
penuhkanlah hati ini dengan
cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan
dan keindahan tawakal kepadaMu,
hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu,
jika Engkau mentakdirkan kematian maka
matikanlah pemilik hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.
Intisari maksud doa rabitah:
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-(Sifat-sifat Hati)
- berkumpul kerana mengasihiMu,
- bertemu kerana mematuhi perintahMu,
- bersatu memikul beban dakwahMu,
- hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
- maka eratkanlah ikatannya,
- kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
- tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;
- penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
- lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
- dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;
- suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
- jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.
Comments
Post a Comment