MENGIKUT IMAM DENGAN SENGAJA KETIKA IMAM TERSEBUT MELAKUKAN RAKAAT TAMBAHAN KERANA TERLUPA
Scenario
kekeliruan yang berlaku ketika solat berjmaah:
Pada ketika imam melakukan rakaat tambahan kerana terlupa,
seperti melakukan rakaat kelima pada solat yang empat rakaat atau rakaat ketiga
dalam solat subuh atau rakaat keempat dalam solat maghrib .Lalu, sebahagiaan
orang mengikutnya padahal mereka tahu bahawa imam tersebut melakukan rakaat
tambahan. Ini adalah satu kesalahan di dalam solat berjemaah.
Gambar hiasan
Penyelesaian
Tidak sepatut nya mereka mengikut dalam keadaan seperti ini.
Dalam keadaan seperti ini orang yang menunaikan solat bersama imam ini terbahagi
kepada beberapa bahagian dan penyelesaian: -
-
Mengikut imam kerana mereka menyangkan bahawa imam tidak melakukan kesalahan/keliru dalam perbuatannya itu Maka perkara ini tidaklah mengapa.
-
Tahu bahawa imam telah menambah rakaat lalu bertasbih (subhanAllah) untuknya. Apabila imam meneruskan perbuatan tersebut hendaklah makmum itu tidak mengikut imam tersebut dengan menambah rakaat, tetapi dia terus duduk sehingga imam memberi salam baru kemudian dia ikut sekali memberi salam. Orang seperti ini solatnya sah.
-
Seperti sebelumnya, akan tetapi die terus memberi salam tanpa menunggu imam terlebih dahulu. Orang seperti ini solatnya sah , akan tetapi jika memberi salam bersama sama imam , maka perkara itu lebih baik.
-
Mengikut imam sedangkan dia tahu bahawa imam melakukan rakaat tambahan.Inilah yang salah.Disebutkan dalam Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah : Apabila imam menunaikan solat empat rakaat dan berdiri pada rakaat kelima .Dia telah diperingatkan oleh makmumnya, tetapi tetap meneruskannya. Mka wajib bagi sesiapa sahaja yang mengetahui kekeliruaannya(imam) supaya menisahkannya, lalu memberi salam sendiri atau menunggunya dan memebri salam bersamanya.Sheikhul Islam ibnu Taimiyah r.a mengatakan tentang amsalah ini, “Tidak sepatutunya bagi mereka mengikutnya . Akan tetapi hendaklah mereka menunggu sehingga dia memberi salam bersama imam atau mereka memberi salam terlebih dahulu. Menunggu imam memberi salam adalah lebih baik(Majmu’ Al- Fatawa) . Akan tetai sesiapa mengikut imam lantaran tidak faham hokum syar’I , maka solatnya tersebut sah, sebagainmana seseorang yang mengikut imam lantaran tidak tahu bahawa imam tersbut melakukan rakaat tambahan . Semoga Allah me,impahkan selawat kepada Nabi kita Muhamamd s.a.w , keluarga dan sahabatnya.W.AGambar hiasan
Comments
Post a Comment