Terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati.
Abu Said Al Khudri menceritakan Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan suatu pekerjaan . Lalu Rasulullah berkata :
"Sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan , sudah tentu kamu tidak akan sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu, banyakkan mengingati perosak kelazatan (yakni kematian).
Kubur sentiasa berkata 'Aku adalah rumah terasing, aku adalah rumah sendirian , aku adalah rumah tanah, aku adalah rumah ulat ulat.'
Sekiranya seorang hamba yang beriman dikuburkan , kubur berkata kepadanya, "Selamat datang . Engkau adalah orang yang berjalan di atas belakang ku yang paling aku suka.
Hari ini engkau diserahkan kepada ku untuk diuruskan . Engkau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu."
Rasulullah berkata lagi:
"Lalu kubur itu menjadi lapang seluas mata memandang, Lalu dibukakan pintu untuk dia pergi ke syurga.
Sekiranya seorang hamba yang jahat atau kafir dikuburkan , Lalu kubur berkata kepadanya, "Aku tidak mengalu alukan kamu. Engkau adalah hamba yang berjalan di atas belakang ku yang paling aku benci. Pada hari ini aku diberikan tugas bagi menguruskan kamu, engkau akan lihat apa yang aku lakukan kepada kamu.,. Kemudian sisi kubur pun menghimpitnya sehingga tulang temulang nya hancur "
Setelah itu Rasulullah SAW memasukkan jari jemari nya diantara jari jemari tangan yang satu lagi lalu berkata :
" Didatangkan kepadanya 70 ekor ular. Sekiranya seekor ular itu menyemburkan racunnya ke bumi , tiada tumbuhan yang dapat tumbuh diatasnya . Lalu ular ini mematuknya sehingga
dia dibawa untuk dihisab. "
Rasulullah S.A.W kemudian berkata lagi :
"Kubur itu boleh menjadi sebuah taman daripada taman taman syurga , atau menjadi sebuah lubang daripada lubang lubang neraka "
(Direkodkan oleh at- Tirmizi)
Dari hadith ini dapatlah kita mengambil beberapa pengajaran yang terdapat didalamnya :

- Mengingati mati adalah terapi berkesan bagi mengubati penyakit hati yang cenderung mengikut nafsu dan gemarkan maksiat.
- Keghairahan mengejar nikmat dunia pasti terbantut apabila memikirkan kematian yang datang pada bila bila masa sahaja.
- Mengigati mati menggalakkan orang islam bekerja dan beribadat bersungguh sungguh ketika di dunia sebagai persiapan menghadapi akhirat.
- kubur orang beriman dibesarkan dan diluaskan untuk keselesaannya manakala orang yang tak beriman menerima seksaan walaupun ketika berada di dalam kubur. Antara seksaan yang diterimanya ialah liang kuburnya disempitkan sehingga tulang temulang hancur, dan 70 ekor ulang mengerang dan menggigitnya. Nauzubillah min zalik
- Orang beriman mendapat nikmat ketika masih berada di alam kubur sebelum ke alam akhirat.
Comments
Post a Comment