Ibadat mudah yang di ambil mudah
Umrah : ibadat mudah yang di ambil mudah
Artikel ini merupakan artikel pertama dari siri-siri ulangkaji ibadat umrah yang akan dipaparkan di sini, yang boleh kita kongsikan bersama di dalam mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah swt. Artikel seterusnya akan cuba memaparkan beberapa soalan dan jawapan yang pernah dikemukakan kepada Lajnah tetap Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi, Rumah Fatwa al-Azhar, Rumah Fatwa Mesir (Daar al-ifta’ Misriyyah), dsb yang boleh kita istifidah (ambil faedah) darinya. Fatwa-fatwa ini akan disusun menurut rukun dan wajib Umrah.
Perlu diambil perhatian bahawa ibadat Umrah ini walaupun mudah, akan tetapi jika tidak sempurna rukunnya, maka seseorang itu walaupun telah pulang ke tanah air, masih lagi statusnya sebagai Muhrim; iaitu orang yang didalam ihram. Bagaimanakah keadaan orang yang telah pulang dari tanah haram, yang tidak sempurna Umrahnya bercampur gaul suami isteri, memotong kuku, memotong rambut; masih lagi kena menjaga kesemua pantang larang ihram? Berapakah jumlah dam yang perlu dibayar?? Bayangkan jika dia tidak menqadha’ umrahnya, selama-lamanya dia akan berstatus muhrim; orang yang berada didalam ihram!
Seseorang yang berada di dalam ihram tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan niat Umrahnya. Begitu juga mereka yang tidak sempurna rukun umrahnya, dia tidak boleh terus pulang ke tanah air tanpa melakukan tahallul ihsar. Lebih-lebih lagi kesalahan-kesalahan itu dilakukan kerana ‘ignorance’, kejahilan atau terlalu yakin dengan ilmunya. Misalnya, di manakah miqat umrah seorang yang sudah merancangkan untuk menghadiri seminar di Jeddah selama 2 hari, selepas selesai seminar terus menunaikan Umrah? Apakah dia boleh menggunakan Jeddah sebagai miqatnya??? Usul miqat di Jeddah ini pernah dibincang dengan panjang lebar oleh Majma’ al-Fiqh al-Islami, dan kenyataannya mengatakan bahawa Jeddah bukan tempat Miqat, kecuali kepada penduduk Jeddah!! Perkara-perkara ini yang biasanya diambil ringan oleh ramai orang Islam, termasuklah orang-orang yang tinggal di Saudi sendiri.
Beberapa isu penting juga akan kita bincangkan di sini termasuklah, apakah tempoh atau jarak antara satu umrah dengan satu umrah yang lain ketika seseorang berada di Mekah? Apakah ibadat Umrah sunat dilakukan setiap hari?? Begitu juga dengan amalan-amalan aulawiyat atau prioriti yang boleh kita amalkan ketika di Mekah : mengulangi Umrah, atau melakukan Tawaf sunat sahaja? Antaranya termasuklah hadith yang tidak ada asalnya mengatakan 7 kali umrah menyerupai amalan mengerjakan Haji. Apakah terdapat larangan tidak boleh mengerjakan Umrah Sunat di bulan Syawwal, kerana bulan tersebut merupakan bulan-bulan Haji, dimana para hujaj boleh mula berniat Haji atau Umrah (Haji Tamattu’).
Bahagian 1 : Hukum menunaikan Umrah
Untuk membuka tirai perbincangan, kita mulakan dengan soalan asas : apakah hukum menunaikan Umrah? Apakah hukumnya sunat? Ketahuilah bahawa Umrah dan Haji adalah wajib keatas umat Islam yang mampu menunaikannya. Firman Allah swt :
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. (Al-Baqarah: 196).
Daripada Zaid bin Tsabit ra. berkata ia: Rasulullah saw telah bersabda : “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu yang hanya sekali sahaja (bagi seseorang Islam yang cukup syarat), bolehlah engkau kerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah)” [Riwayat al-Dailami].
Menurut pendapat Mazhab Syafie yang terpilih, Umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, seperti juga ibadat Haji. Menurutnya, Umrah hanya wajib sekali kecuali Umrah nazar. Bagi Mazhab Hanafi pula, hukum Umrah adalah sunat muakkad.
Menurut Lajnah Tetap dan Penyelidikan Arab Saudi (11/317):
الصحيح من قولي العلماء أن العمرة واجبة ، لقوله تعالى : ( وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ ) البقرة، ولأحاديث وردت في ذلك
“Benar diantara dua pandangan ulama’ adalah hukum Umrah itu WAJIB, sebagaimana firman Allah : Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah (al-Baqarah : 196)
Bagi mereka yang buat pertama kali menunaikan umrah, hukumnya adalah wajib, bukan sunat, walaupun ia ditunaikan tanpa Haji. Jadi bagi mereka yang pertama kali menunaikan Umrah, hendaklah mereka melakukannya seolah-olah ia merupakan Umrah terakhir didalam hidupnya yang belum tentu akan bertemu umrah yang akan datang. Hendaklah seseorang melakukan umrahnya dengan sebaik mungkin. Umrah yang seterusnya hukumnya adalah sunat.
Mungkin ada yang berpendapat, kenapa perlu seseorang itu menunaikan umrah dahulu sebelum melakukan Haji. Mereka berpendapat bahawa lebih baik bersiap sedia dan mengumpul wang untuk menunaikan Haji. Ada kalangan ulama’ berpendapat bahawa adalah menjadi keperluan bagi seorang Islam menunaikan umrah pada masa sekarang oleh kerana queue untuk menunaikan Haji pada sekarang ini sangatlah panjang, tidak kurang dari 10 tahun menunggu. Dengan beralasankan ini, ulama’ berpendapat lebih baik menunaikan Umrah sekurang-kurangnya satu kali bagi mereka yang mampu. Namun demikian, ulama’ seperti Shiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi didalam bukunya al-Fiqh al-Aulawiyat menjelaskan bahawa umrah sunat yang dilakukan setiap tahun tidak digalakkan, kerana proriti hendaklah ditumpukan kepada ibadat yang memanfaatkan orang ramai.
Umrah bermaksud,
العمرة هي زيارة المسجد الحرام في مكة للقيام بمناسك خاصة، كالطواف، السعي والحلق
“Umrah bermaksud menziarahi Masjidil Haram di Mekah untuk melakukan ibadat khas, seperti Tawaf, Saie dan bercukur/gunting rambut”
Secara syara’nya umrah bermaksud Tawaf mengelilingi Ka’bah, Sai’e antara al-Safa dan al-Marwah, dan bertahallul dengan bercukur atau memotong rambut, setelah seseorang itu berada didalam Ihram di Miqat yang tertentu.
Bahagian 2 : Rukun dan Wajib Umrah
a. Rukun Umrah adalah perkara yang tanpanya tidak sah Umrahnya. Terdapat 5 perkara rukun dan jika salah satunya ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja, maka tidak sah umrahnya, dan dikehendaki mengqadha’nya di lain kali. Rukun-rukunnya adalah :-
- Niat
- Tawaf
- Sai’e
- Tahallul
- Tertib
b. Wajib Umrah adalah tanpanya ibadat Umrah tersebut masih sah akan tetapi wajib membayar dam. Jika ia ditinggalkan dengan cara sengaja, maka seseorang itu dikira berdosa dan masih dituntut untuk membayar dam. Wajib-wajib umrah adalah :-
- Berniat umrah di Miqat (sempadan) yang ditetapkan ataupun sebelumnya. Menjaga larangan ihram.
- Miqat Makani (sempadan tempat) adalah tempat yang ditetapkan bagi seseorang yang hendak mengerjakan umrah melafazkan niatnya. Niat boleh dilafazkan pada mana-mana tempat sebelum sampai ke Miqat ini. Tetapi jika sudah melampaui Miqat ini, niat umrah masih boleh dilafazkan tetapi Dam berupa seekor kambing dikenakan.
Seterusnya, artikel ini akan membincangkan beberapa aspek wajib dan rukun umrah, dan seterusnya membincangkan fatwa-fatwa yang berkaitan dengannya. WA.
Sekian, wassalam
Surau Ibn Qurra'(heitech padu berhad) dan Al-Ahkam.net

Comments
Post a Comment