Berdoa Dan Berharap Kepada Allah
Ketika Jiwa merasa sesal dan kecewa.
Mengenangkan dosa dosa yang dilakukan.
Ketika harapan dirasakan tiada lagi....
Maka Ingatlah..
Islam tidak pernah meletakkan perantaraan diantara manusia dengan tuhan(Allah). Bila bila masa saja, siapa juga insan itu. Dimana saja dia berada, Bangsa apa dia, keturunan apa dia, Siapa Mak Bapak nya, Siapa sahaja Datuk neneknya, jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah..Maka tidak akan pernah ada halangan pada mereka.
Dan Allah berfirman didalam surah Azzumar ayat 53-54 :
Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Siapa yang tutup aib orang muslim, Allah akan tutup aib dia dunia dan akhirat termasuk muslim itu diri dia sendiri "
Suatu hari pernah seseorang(Maiz bin Malik) datang kepada Nabi Muhammad SAW dan mengatakan dia berzina .
"Aku berzina Wahai Rasulullah saw, Bersihkan aku "
Nabi ketika itu tidak melihat dia dan nabi muhammad saw pusing dan Nabi Muhammad SAW beri isyarat kepada Maiz (untuk membiarkan Maiz pergi/berlalu).Tetapi Maiz tetap berkata juga.
"Aku berzina wahai Rasulullah saw, bersihkan aku ".
Dan maiz tetap dengan perbuatan dia berkata sedemikian , maka Rasulullah saw berkata,
"Barangkali kau Cium Maiz " , "Boleh Jadi Kau raba raba saja "
Tetapi maiz tetap berkata , "Aku berzina wahai Rasulullah saw,Takkan kau tak tahu aku berzina ".
(sesetengah riwayat menyatakan Rasulullah berkata barangkali Maiz Mabuk agaknya..WA )
Tetapi dia tetap terus berkata sedemikian untuk mendapat hukuman, maka hukuman diberikan kepadanya.
Apa yang cuba disampaikan disini, Islam suruh tutup(Keaiban diri), Islam suruh baiki diri kita, Bila bila saja. Islam tak suruh kita pergi buat pengakuan ceritakan keaiban kita sendiri. Maka jalan yang terbaik adalah istigfar kepada Allah, Balik kepada tuhan, minta pengampunan daripadaNya..
"Pintu keampunan Allah , Allah buka pintu pengampunan pada waktu siang untuk Allah ampunkan orang yang buat dosa pada waktu malam. Dan Allah buka pintu pengampunan pada waktu malam untuk Allah mengampunkan orang yang buat dosa pada waktu siang." SubhanAllah...
Usah berputus asa dengan Rahmat Allah,Teruskan Perbaiki Diri..
Didalam Ajaran islam, Seluas Luas pintu adalah pintu Taubat,Allah menyatakan :
"Wahai Hambaku, Jika dosamu itu sampai kelangit, banyaknya daripada bumi hingga ke langit. kemudian dia istigfar bertaubat kepada Allah, Pohon keampunan daripada Allah, Maka Allah akan mengampunkan dosanya" ..MasyaAllah...Allahu rabbi...
Ingatlah bahawa kita ada Tuhan yang sama ada boleh mengambil tindakan kepada kita atau mengampunkan kita. Selagi mana kita ikhlas, tak berniat untuk menipu, dan betul2 hendak bertaubat..Maka Allah mengampunkan dosa kita..Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyanyang.
Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
"Kamu berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doa kamu akan diterima, Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa daripada hati yang lalai dan alpa "
Yakinlah Doa kita didengari oleh Allah, melainkan kita tidak berdoa bersungguh sungguh..Dan ketahui lah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang kita perlukan..Dan Allah memperkenan kan sesuatu hajat itu dai dalam berbagai bagai bentuk..
Situasi :
Iblis Laknatullah minta supaya dipanjangkan hayat sehingga sampai kiamat, dan Allah perkenan doa iblis itu padahal derhaka betul iblis itu..Takkanlah hamba Dia yang solat Allah tak bagi..Tentu Allah bagi...
Hatta, manusia islam mendoakan manusia kebaikan untuk muslim yang lain ..Maka Nabi Muhammad saw bersabda :
"Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu,melainkan Allah menghantar malaikat malaikat untuk memberi kebaikan sama macam apa yang didoakan kepada muslim yang lain itu "
Yakinlah dengan Allah, dan bersyukurlah dengan segala kurniaan nikmat Allah kepada kita ..Alhamdulillah...Ajaibnya berdoa ...
Selagi nyawa dikandung badan ,,Peluang untuk kembali kepada Allah tidak pernah tertutup..

- Kadang kadang manusia meminta wang, sebenarnya dia mahukan kebahagiaan dan bukannya wang. Tetapi dia menyangka dengan adanya wang dia boleh bahagia. Maka dengan pengetahuan Allah yang mendahului pengetahuan manusia memberikan kebahagian kepada kita dan tidak memberikan wang sebanyak yang kita minta.
- Kita meminati seseorang, meminta isteri yang cantik cantik...Allah tahu mungkin tidak baik untuk dia, Allah beri juga isteri kepada dia yang lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagiaan rumah tangga dia dan sebagainya..
Iblis Laknatullah minta supaya dipanjangkan hayat sehingga sampai kiamat, dan Allah perkenan doa iblis itu padahal derhaka betul iblis itu..Takkanlah hamba Dia yang solat Allah tak bagi..Tentu Allah bagi...
Hatta, manusia islam mendoakan manusia kebaikan untuk muslim yang lain ..Maka Nabi Muhammad saw bersabda :
"Tiada hamba Allah yang doa dalam keadaan saudara dia itu tidak tahu,melainkan Allah menghantar malaikat malaikat untuk memberi kebaikan sama macam apa yang didoakan kepada muslim yang lain itu "
Yakinlah dengan Allah, dan bersyukurlah dengan segala kurniaan nikmat Allah kepada kita ..Alhamdulillah...Ajaibnya berdoa ...
Selagi nyawa dikandung badan ,,Peluang untuk kembali kepada Allah tidak pernah tertutup..
Comments
Post a Comment