Professor Dengan Pengayuh Sampan


"Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh. Tuhan hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza"

Suatu hari seorang professor menyeberangi sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang seorang pedayung sampan. Ditengan sungai , professor bertanya,

"Kamu Pandai Menulis Dan Membaca ?"

"Tidak. Saya buta huruf ," Jawab pendayung sampan.

"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan bergerak perlahan. Tak lama selepas itu , professor bertanya lagi.


"Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"

"Tidak . Pendapatan saya hanya cukup cukup makan." jawab si pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu , kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak . Tiba tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada professor,

"Tuan , adakah tuan pandai berenang.?"

"Eh..eh...saya tidak tahu ," Jawab professor dengan nada panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!".




Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri