Ciri Ciri Multi Level Marketing(MLM) yang Haram atau syubhat

Assalamualaikum wbt..

Hari ini saya terpanggil untuk membincangkan sedikit sebanyak berkenaan perniagaan berdasarkan multi level marketing berlandaskan syariat. Ini disebabkan baru baru ini saya telah diajak menyertai perniagaan ini.Perniagaan MLM ini sangat terkenal, kalau google sahaja keyword company tersebut akan terserlah kepopularitiannya(berdasarkan statistik keyword yang disearch di www.google.com.my/trends ) -

Pada asalnya saya tak tahu secara menyeluruh berkenaan pelan marketing perniagaan ini, kerana dirahsiakan dan hanya diterangkan secara separuh.. Buat macam ni akan dapat bonus yang macam ini..buat macam ini akan dapat macam itu.. Inilah kebiasaannya yang berlaku dalam sesebuah perniagaan MLM. Jadi saya pun berhajat mencuba perniagaan tersebut. Daftar kan nama dan membayar yuran sebanyak RM 80. Kemudian kita akan diajar cara cara untuk memajukan diri dalam perniagaan ini. Belajar bagaimana mahu memulakan perniagaan, bagaimana mahu menarik dan mengajak kawan2 untuk menyertai perniagaan ini. Semua nya diajar. Jadi berbaloilah dengan yuran yang hanya RM 80 itu. Sehinggalah suatu hari, saya tersedar dari lamunan yang marketing dalam perniagaan ini ada masalah dari segi syariat islam.

Terus terang saya katakan company ini tidak menipu pengguna, anda buat anda dapat, kerana kejayaan boleh tercapai dengan menyertai perniagaan MLM ini. TAPI dengan jalan yang macam mana. Inilah masalahnya.



Terlalu ramai yang rakus untuk menjadi kaya tanpa mereka fikir akan harta yang mereka dapat itu dari jalan yang halal atau haram, sedangkan Didalam AlQuran ada menyebut didalam surah AlHumaza :


Keterangan Surah :

  • Merupakan surah makkiyah
  • Membincangkan perihal orang yang suka mencaci dan mengaibkan orang lain, Menjatuhkan kehormatan mereka dengan cara mencela, menghina, menggelar orang lain dengan gelaran yang tidak baik, mendedahkan kelemahan dan keburukan mereka, menyindir , mencemuh dan seumpamanya yang menjadi amalan atau sifat orang yang tidak memiliki budi dan berakhlak buruk.
  • Surah ini juga mencela orang yang tamak dan keterlaluan mengumpul harta kekayaan dengan apa jua cara, seakan akan mereka akan hidup kekal abadi di dunia yang fana ini dengan kepercayaan yang didorong oleh kejahilan dan kealpaan mereka bahawa harta dan wang yang dimiliki itu dapat membawa mereka hidup megah dan kekal di dunia ini.
  • Surah ini diakhiri dengan menyebut akibat dan kesudahan hidup bagi orang yang malang serta celaka yang akan dimasukkan ke dalam neraka yang tidak akan padam selama lamanya kerana ia ialah al-Hutamah yang amat kuat menyala.
(Tafsir Mubin(Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid) Jilid 6 ms 662) 

Ketahuilah saudaraku, Allah berfirman didalam surah Al Baqarah : 

“Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu”. (Surah al-Baqarah, ayat 168)

dan Nabi SAW pernah bersabda : 

"Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ketahuilah bahawa (daging tersebut) adalah hati."

(Sahih: Hadis daripada Nu'man bin Basyir radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Hadis 40 Imam Nawawi, hadis no: 06.)

“Setiap daging badannya yang tumbuh daripada benda yang haram (yang menghilangkan berkat), maka nerakalah yang lebih utama bagi orang itu.” 

(Hadis riwayat Ahmad & Tirmizi) 

saya sertakan disini sebagi satu usaha menyebarkan kajian yang dijalan kan oleh Ustaz Zaharuddin dalam menghuraikan Ciri Ciri Multi Level Marketing(MLM) yang HARAM atau Syubhat. InsyaAllah dapat memberi kefahaman kepada umat islam diluar sana sebagai satu rujukan sebelum terjebak dalam perniagaan ini. Rujukan Asal :(SINI)

Bentuk MLM yang Haram atau syubhat

Ada beberapa bentuk sistem MLM yang jelas keharamannya atau keraguannya, iaitu apabila ia menggunakan sistem berikut :
1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa, ia adalah amat tidak digalakkan menurut Islam malah menurut sebahagian ulama, aqad seperti ini adalah terbatal. Tatkala itu, ia digelar ‘Gabhnun Fahisyh' menurut istilah ulama Fiqh. Hukum jualan secara ‘Ghabnun Fahisy' ini diperbezakan oleh ulama antara harus, makruh dan haram. (Durar al-Hukkam Fi Syarh Majallah al-Ahkam, klausa no 356, hlm 369). Bagaimana Nabi SAW pernah mengisyaratkannya sebagai suatu kezaliman jika berlaku kepada orang yang tidak mengetahui selok belok harga barang. (Al-Qawaid, Ibn Rusyd, hlm 601)
Bagaimanapun perlu diingat, dalam satu MLM mungkin terdapat 3 atau 4 unsur syubhat dan haram yang akan saya sebutkan. Ini tidaklah bermakna saya mengatakan MLM haram hanya kerana adanya unsur "Harga Lebih Tinggi dari Biasa" , ia cuma salah satu unsur yang perlu disemak dan boleh memburukkan lagi hukum sesuatu MLM sehingga boleh jatuh tahap haram kerana penipuan dalam keadaan tertentu yang lain.
Apa yang ingin saya nyatakan ‘Ghabnun' di sini adalah yang dibuat dalam bentuk penipuan harga kepada orang awam, iaitu harga yang sengaja dinaikkan kerana merangkumkan yuran penyertaan dalam system priamid. Sebagai contoh saya pernah ‘terpaksa' membeli  sebuah produk MLM. Oleh kerana tukang jual MLM ini amat sukar beralah, dan saya ingin ia cepat menamatkan kempenanannya dengan adab, lalu saya belilah satu produknya yang termurah, iaitu sebiji bantal yang dikatakan sangat hebat, harganya mencecah RM300 sebiji. Inilah namanya 'Ghabnun', sedangkan bantal tersebut rupa-rupanya langsung tiada istimewanya setelah digunakan. Maka jelas harganya dinaikkan kerana penyertaan sebagai ahli dan masuk dalam sistem. Tapi saya senyapkan saja keahlian dan langsung tidak bergerak, membeli hanya kerana kasihan dengan si penjual yang dikenali ini sahaja.
Inilah maksud saya mempunyai unsur ‘Ghabnun', mungkin unsur ini tidak cukup kuat untuk menjadikannya haram, tetapi ia salah satu unsur yang memberi kesan kepada aqad, kesan ini apabila ia bergabung dengan unsur-unsur syubhat yang lain, ia boleh menjadi haram.
Sebagai Makluman :
Mazhab Hanafi : terbahagi kepada 3 pandangan, iaitu ada ulamanya yang mengatakan ghabnun harus walaupun Fahisyh, kedua : Haram , ketiga : Haram bila ada usnur penipuan sahaja ( Syarh ad-Dur , AL-Haskafi, 2/82 )
Mazhab Maliki : Juga ulama mereka berbagai pandangan : Pertama : Ghabnun Mustrasil samada Yasir atau fahsiyh : Haram ; Kedua : Ghabnun lebih tinggi 1/3 dari harga pasaran biasa tanpa adalah HARAM. ( Al-Qawaid : Ibn Rusyd , hlm 601 ; AL-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Ibn Juzay, hlm 294)
Mazhab Syafie : Harus hukumnya kecuali pandangan ganjil dari al-Mutawaali yang mengharamkannya . ( Al-Majmu' , 7/500 )
Mahzab Hanbali : Ibn Quddamah berkata : "Ghabn Mustarsil adala apabila si pembeli membeli dengan harga yang terkeluar dari harga pasaran ... teruatamanya apabila didesak ( agar tak pergi semak kedai-kedai lain dulu) dan cuba disegerakan oleh penjual " ( Al-Mughni , 4/78 )
Justeru, perbincangan panjang tentang 'Ghabn' sebenarnya menunjukkan terdapat jenis 'Ghabn' yang disepakati haramnya oleh ulama, ada yang disepakati halalnya, dan terdapat yang diperbezakan pandangan. Justeru apabila saya sebut 'ghabn' sebagai salah satu sebab boleh jadikan MLM haram, maka ini kerana berkemungkinan jenis yang disepakati haram itu berlaku. Justeru, semasa menulis artikel anda perlu faham target saya.  Adakah anda yakin semua jenis 'Ghabn' yang berlaku dalam MLM itu tergolong dari golongan yang harus ?. Jika ye, maka itu pandangan anda , bukan saya. Saya lebih selesa berpandangan ia banyak jenis 'Ghabn' yang berlaku lebih menjurus kepada haram terutamanya apabila hampir semua syarikat-syarikat MLM ini amat mengambil mudah akan hal hukum agama. Jika tidak, pastinya mereka telah mengambil Penasihat Shariah sejak dari awal.


2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".
Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee') sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi'en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato' Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha'ie dan ramai lagi (Sohih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ). Bagaimanapun, komisyen dalam hal MLM dan system piramdi ini boleh bertukar menjadi syubhah apabila :-
* Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. namun begitu, ia mungkin diHARUSKAN jika terdapat penasihat Shariah yang membetulkannya selaras dengan aqad Ju'alah. namun begitu, majoriti syarikat MLM tidak mempunyai pensaihat Syariah untuk membetulkannya, menyebabkan ia kekal di dalam syubhah.
* Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angina tanpa sebarang kerja dan usaha lagi. Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas briker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komsiyen broker ini, menurut perbincangan saya bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.
Walaupun demikian, jika komsiyen datang dari pihak syarikat atas dasar yang betul seperti jualah dan hibah, ia boleh jadi diharuskan. Namun sekali lagi rukun dan syarat aqad yang betul mesti dipantau oleh penaasihat Syariah yang berkelayakan.

* Dari sudut yang lain, terdapat juga keraguan dalam isu pemberian komisyen di atas usaha dan tugas agen (wakil penjual) atau "brokerage" (tukang kempen). Ini kerana sepatutnya komisyen ke atas "brokerage" tidak harus mensyaratkan tukang kempen itu untuk membeli untuk diri sendiri sebagaimana yang berlaku dalam beberapa jenis MLM. Sesetengahnya pula mensyaratkan ‘broker' atau ‘agen' untuk menjual sendiri sebanyak sekian jumlah bagi memperolehi komisyen jualan broker (ahli) di bawahnya. Dengan sebab-sebab ini, hal ‘broker' atau ‘agen' menjadi syubhah dan tidak lagi benar ianya disifatkan sebagai komisyen wakil atau broker yang diterima Islam.
3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram. Maka MLM tersebut jelas keharamannya. Namun tidak semua MLM begini, cuma sebahagianya sahaja.
5) Terdapat juga unsur mirip "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya : "
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة
Ertinya : "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad" ( Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami : perawi Ahmad adalah thiqah ; 4/84 )
Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan samada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM  seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah,  atau bay'atayn fi bay'ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah  dikira melakukan transaksi aqad Mu'awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu. Maka, praktis seperti ini jelas tergolong sebagaimana hadith di atas.  

Ingin saya tekankan juga, hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan aqad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?. Apa yang diletakkan untuk mendapat untung?.


Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan 'modal', sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan 'Dhoman' barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual.


Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana ia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana ia bekerja .. jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kernaa jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline!.

Apa Maksud Sebenar Dua Aqad Dalam Satu ?
Shafqatain di Safqah dan lafaz yang seertinya denganya memang tidak dinafikan mempunyai banyak takrif dan tafsiran menurut kefahaman ulama yang berbeza. Manakala sesiapa yang hanya mendedahkan hanya beberapa kerat dari pandangan tersebut dan kemudian terus memegangnya. Tapi perlu diingat disana terdapat pelabagi tafsiran yang lain pula, dan saya memegang tafsiran yang lain. Maka itu tidak bererti tafsiran pegangan saya adalah salah, dan tafsiran pegangan anda mesti betul. Jika demikian perangainya, maka ini jelas tidak faham konsep ikhtilaf dalam nas.
Sebagai hadiah untuk awam dan pembaca yang mampu faham ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:-
  • 1) iaitu contoh berkata penjual kepada pembeli : " Aku jual kepadamu baju ini dengan harga RM 10 tunai , atau RM 20 secara tangguh" , maka si pembeli bersetuju TANPA mengspecifickan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. Ini bentuk yang ditafsirkan oleh Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih, Imam As-Syafie ( Syarh as-Sunah, Al-Baghawi, 8/142 ; ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 6/333; Al-Mudawwanah, 9/191 ).
Tiada khilaf di kalangan ahli ilmu, jenis ini adalah HARAM. Bagaimanapun tafsiran ini tidak berapa berkaitan dengan MLM, kerana biasnaya plan harga akan dipilih dengan tepat.
  • 2) Iaitu contohnya pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini dengan harga RM 10 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. Ini adalah tafsiran Imam Malik pula ( ‘Aridathul Ahwazi, 5/240 ) . Ini juga tiada kaitan dengan MLM.
  • 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. ( Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; ‘Aridatul Ahwazi, 5/239 )
Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan"
Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim?
a-      Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim
b-     Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim.
c-       Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah
d-     Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah.
e-      Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad.
Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim.  Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim"
  • 4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn Al-Arabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) .
Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh ‘concluded'.
  • 5) Iaitu contohnya : Berkata penjual : " Aku jual handphone ini dengan RM 100 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semual darimu dengan harga RM 80 tunai" . Ini adalah tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim pula. Ia adalah sama dengan takrif Bai Inah. ( Mukhtasar Al-Fatawa Lib Ibn taymiah, hlm 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5/100 )
Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.
Demikianlah beberapa takrifan dan tafsiran ulama tentang hadith dua aqad dalam satu. Sebenarnya ada terdapat 3 lagi tafsiran, Cuma cukuplah sebagai info tambahan kepada pembaca. Oleh kerana beberapa yang dilakukan dalam MLM ada terdapat dalam salah satu tafsirannya, maka saya masukkan point dua aqad di dalam satu sebagai isu yang boleh menjadikan MLM samada haram atau batal atau syubhat.
Pun begitu, point ini boleh diealakkan jika aqad tersebut boleh dipisahkan dan berdiri dengan sendirinya. Pemantauan penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan hal ini mampu dibuat.

Keputusan Majma Fiqh Sedunia ? 
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage' sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
Ø      Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Ø      Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Ø      Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.
Justeru, saya kira, amat tipis untuk mencari MLM yang tidak tergolong dalam item-item salah yang saya sebutkan di atas, malah saya juga suka menyarankan agar pengamal-pengamal jualan amanah saham dan Takaful secara wakil untuk lebih berhati-hati agar tidak terjerumus dalam bab MLM. Bagaimanapun, jika anda masih ingin mendakwa halalnya MLM ini, saya sarankan agar pengamal MLM memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakahiaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Mana MLM alternatif??

"Kalau ustaz pandai sangat, kenapa tak tuliskan sahaja macam mana MLM yang menepati Shariah tu, biar orang boleh guna" Demikian tempelak seorang pemuda  tanpa kesabaran melalui sebuah web.


Jawapan saya seperti berikut :-

Pertama : Memang ramai 'suruh', 'arah' dan minta saya sebutkan macam mana MLM yang harus serta realistik.
Inilah masalah orang ramai, tidak berfikir mendalam sebelum meminta. Kita kena faham, tak semua yang perniagaan diasakan ikut cara yang menpeati Shariah itu menarik pada pandangan mata orang ramai dan boleh laku untuk dijual di Malaysia, dan tak semua pula plan dan skim atau produk yang sangat boleh dijual dan menarik itu menepati hukum Shariah. Jadinya bagi menghasilkan satu plan hebat yang menepati Shariah dan boleh jual, perbincangan dua pihak antara Ilmuan Shariah & bisnesman amat perlu dalam hal ini.  
Mana mungkin sebuah plan pemasaran MLM terbaik dapat dicadangkan hanya dengan mengemukakan permintaan mudah begitu sahaja kepada saya, ini kerana mungkin saya mempunyai penyelesaian dari sudut teori Shariahnya. Teori ini pula sebahagiannya bersifat fleksible dan tidak sebahagian yang lain, kerana itu perbincangan diperlukan dengan pihak pakar pemasaran demi memastikan samada ia 'viable' untuk diperkenalkan atau tidak. Kerana saya bukanlah pakar dalam bab pemasaran.
Kedua : Saya juga bukanlah seorang jutawan yang membolehkan saya memperkenalkan plan bisnes MLM contoh yang hebat dan menepati Shariah. Mudahnya, selagi tiada bisnesman Muslim yang punyai perhatian kuat tentang halal haram dan berkesudian berbincang dengan orang Shariah, selagi tu tidak akan didapati plan dan skim MLM alternatif yang menepati Shariah.
Untuk maklumat, proses inilah yang amat kerap kami (ilmuan Shariah sedunia, saya dan rakan-rakan ustaz di semua institusi kewangan Islam seluruh dunia) ; iaitu kami duduk berjam-jam dengan pakar pemasaran, peguam untuk mencipta produk kewangan Islam yang halal serta dalam masa yang sama aqad-aqadnya juga halal dan boleh diaplikasikan di sisi undang-undang Malaysia. Kesimpulan saya, jika hanya ada satu pihak sahaja yang bersungguh, ia pasti akan menjadi hasrat yang terbengkalai juga.

Akhirnya, saya tahu bahawa hukum MLM ini masih terbuka untuk perbincangan, malah Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah ketika perbincangan dengan beliau mengakui ini isu yang agak baru baginya. Benar, amat sukar ditemui tulisan para ulama Islam dari Timur Tengah berkenaan hal MLM ini, disebabkan MLM belum masuk ke pasaran negara Arab dengan meluas. Justeru, menjadi tanggungjawab para ilmuan Shariah Asia Tenggara untuk membantu masyarakat untuk mengetahui pandangan Shariah tentang MLM ini. Tulisan ringkas saya hanyalah pandangan awal bagi memberi peringatan bahawa dengan sekadar pandangan, kelihatan begitu banyak keraguan boleh muncul dalam perniagaan MLM ini. Tidak perlulah pembaca merasa marah dan benci dengan tulisan ini. Ini sekadar nasihat bagi mereka yang mengambil berat tentang pendapatan serta memikirkan barzakh dan akhirat mereka yang kekal abadi. Wallahu ‘alam.
Kuala Lumpur, Malaysia (14 Zulhijjah 1427 H = 4 Januari 2007)
Rujukan Asal : http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html


Sekadar Renungan :
Dalam sebuah hadis daripada Salman al-Farsi katanya : 
Maksudnya : Aku dengar Nabi saw bersabda : Perhatikanlah oleh kamu seseorang yang menghadapi kematian mengenai tiga perkara, pertama jika dahinya berpeluh, kedua jika matanya mengeluarkan air mata dan ketiga jika hidungnya membengkak, yang demikian itu menunjukkan rahmat daripada Allah turun kepadanya. Jika dia mati mendengkur seperti dengkuran anak unta yang terjerut lehernya, wajahnya hitam kelam dan mengeluarkan buih di tepi mulutnya, yang demikian itu menujukkan azab daripada Allah (telah turun) menimpanya. 



Comments

  1. Assalam,sy terpanggil utk bertanya adakah bisnes Herbalife haram?.Sy akui produknya sgt bagus & kami sekeluarga mengambilnya.Ia adalah makanan nutrisi. Sy juga ahli baru yg menyertai bisnes ini. Sy jd tertanya-tanya bila ada kaum keluarga yg mengatakan bisnes ini haram.Mohon pencerahan drp pihak tuan.Mungkin tuan boleh menjawab pertanyaan ini melalui email wanjannah@ymail.com. Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    2. Assalam, saya juga ingin pencerahan drp pihak tuan tntg hal yg sama seperti Nurhahazliana, ini email saya, amirrul_asyraf95@yahoo.com. Terima Kasih

      Delete
    3. Waalaikumsalam , Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
  2. Assalamualaikum, bagaimana pula dengan bisnes tone EXCEL, saya telah kaji sedikit sebanyak berkenaan business tersebut dan bagi pendapat peribadi saya tidak ada unsur riba, gharar, maisir, monopoli dan penindasan. Mohon penjelasaan daripada pihak tuan. email saya razirazal88@gmail.com. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    2. boleh tuan email penjelasan tuan kepada en.razi razali kepada saya kerana saya pun telah memulakan bisnes tone excel
      email saya ali.abu2586@gmail.com

      Delete
    3. Assalamualaikum, Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    4. salam..boleh email kepada sy sekali.. wizard_boy69@yahoo.com
      terima kasih atas jasa baik tuan..

      Delete
    5. Assalamualaikum, Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    6. Assalam..boleh email kepada sy juga.. fitrina2010@gmail.com
      terima kasih atas jasa baik tuan..

      Delete
    7. waalaikumsalam...sy dah forward di email, smoga bermanfaat in syaa Allah

      Delete
    8. salam ustz,sy juga mohon pncerahan bkenaan toneEXCEL,
      ini email sy ainzakiah@yahoo.com
      terima kasih

      Delete
    9. Assalam..Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    10. Salam,ustaz sy mohon pencerahan mgenai toneexcel, email redsaltt338@gmail.com
      Terima kasih...

      Delete
    11. Assalam..Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
  3. boleh ruan kongsikan jawapn tuan pada nurhahazliana? sy pon nk sertai satu business produk baru stem cell..tapi risau kalau haram..takut x berkat..boleh email sy asyikinaminudin@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam , Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    2. As salam..bole emel utk sy juga? aisyahjannah82@yahoo.com. Terima kasih

      Delete
    3. Assalamualaikum, Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
    4. Assalamualaikum.boleh email saya juge?terima kasih.

      Delete
    5. Waalaikumsalam.. Email tidak disertakan.

      Delete
  4. Assalamualaikum, maaf..saya ingin bertanya, saya ada menyertai seminar sebuh perniagaan. mereka yang sertai bisnes ni perlu mencari 2 orang kaki kiri dan kanan. Pendaftaran keahlian berdsarkan pakej yang disedikan dgn produk yang ditetapkan. Tetapi, testimoni yang menyertainya dalam masa 2 minggu ke 2 bulan berjaya dapat 4 angka ke 5 angka TANPA menjual produk. setiap minggu mereka dapat 4 angka tanpa diketahui asal usul duit tersebut.. mereka kata " buka online bank sedar2 dah dpt duit, x tahu mana datang" kata mereka.. harap dpt memberi jawapan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pertanyaan saudara, telah jelas bahawa perniagaan itu adalah haram berdasarkan statement "berjaya dapat 4 angka ke 5 angka TANPA menjual produk" dan "buka online bank sedar2 dah dpt duit, x tahu mana datang" ..ini kerana perniagaan yang seperti itu termasuk dalam pelaburan yang MENJAMIN KEUNTUNGAN..sila baca artikel ini untuk keterangan lanjut -->http://zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/998-mengapa-tidak-boleh-pelaburan-menjamin-keuntungan.html ... WA

      Delete
  5. assalamualaikum..tuan sy mohon pencerahan mcm asyikin aminudin..syukran.. mdhazwani@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
  6. salam..mohon pencerahan dr tuan spt asyikin aminudin.. mdhazwani@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, Saya dah reply di email, smoga bermanfaat, in syaa Allah

      Delete
  7. Assalamualaikum Ustaz, sy baru baru ni ade join satu MLM, untung yg sy dapat agak lumayan ustaz, tap sy dlu yakin yg MLM ni halal, kmudian skrang jad ragu2 skit, sbb sy risau kalau sy tnggalkan Allah, sy tahu rezeki itu Allah yg bagi, tap kalau tak berkat sy risau ustat, jad mohon ustaz guide sy,

    Dlm MLM yg sy baru join ni, sy dh lihat artikel ustaz Zaharudin tntng mlm, dn blog ustat ni sy dh baca, syarikat kami, tiada pmantau syariah yg sy kenal, tap sy tngok ciri ciri yg ustat bagi ni xde lah brcanggah sgt, cuma ade beberapa yg sy kurang yakin, di bwah ini sy tunjukkan ustat,

    Pertama,
    4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

    Brdasarkan ciri di atas, dlm MLM yg sy join, kami sblum nk yakinkan orang supaya join, kami explain dlu tntang kebaikan produk, kemudian baru kami ckap, 'kalau kau dpt tarik 2 orang/3 orang, kau dpt bonus yg mcm ni', sbb nk tarik orang sama dengan kita tolong syarikat jual produk dia, dn scara tak langsung kita dpat komisyen sbb tolong syarikat jual produk dia, sbb orang yg nk masuk MLM syarikat kami memang kena beli produk syarikat kami, mcm mana ustat hukum nye?

    Kedua, yg ni
    5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
    &
    2) Belian Peribadi target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".

    Berdasarkan yg ini pulak, dalam MLM yg saya baru join ini, syarikat ade meletakkan syarat minima utk dpt komisyen dari hasil jualan org bwah( hsil jualan org bwah ni maksudnye kalau org bwah brjaya mncari reseller yg lain atau kata lain nye tlong company jual produk ni), iaitu dgn membeli 1 produk dari syarikat ataupon buat penajaan trhadap satu kepala utuk tujuan aktifkan akaun, lpas akaun dh aktif baru layak dpt komisyen org bwah
    bagaimana hukum untuk yg ni ustat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk soalan pertama:
      Pertama, orang yang nak join MLM saudara perlu JELAS dan TAHU,bahawa dengan menyertai(menjadi ahli) MLM saudara akan menyebabkan saudara mendapat kemisyen dan orang itu bersetuju.
      Mengenai komisyen yang dapat jika orang tadi menyertai program MLM saudara perlu dipastikan bahawa komisyen itu dari sebab dapat tarik orang masuk ahli atau jual produk.?

      Sebagai Contoh :
      Peniaga A dapat menjual dalam sebulan produk A sebanyak 2000. Dan Penjual B Dapat menarik 3 orang dalam masa sebulan bersamaan dengan menjual produk A sebanyak 2000.
      Peniaga A tidak mendapat komisyen(kerana tidak berjaya menarik orang) dan peniaga B mendapat komisyen sebanyak 200(Kerana berjaya menarik orang).
      Keuntungan seperti ini adalah haram dan jelas seperti yang saya katakan "Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja"

      Soalan kedua:
      Orang bawah perlulah membeli produk dari syarikat untuk mengaktifkan akaun secara SUKARELA dan TIADA PAKSAAN sama ada dari orang atasan atau dari syarikat.
      Bagaimana pula jika peniaga A berjaya menjual produk A sebanyak RM 499 sedangkan target minimum adalah RM500.Adakah Peniaga A tidak mendapat komisyen dari jualan RM499 tadi.? Jika tidak dapat, ianya jelas adalah Haram kerana berbentuk penindasan. Komisyen haruslah kepada nilai jualan produk bukan kepada target atau pun berdasarkan 'kepala' atau ahli yang ditaja.

      WA

      Delete
  8. saya masuk blog sebab nak kepastian halal haram sebelum saya join bisnes "Pencil.my"

    bisnes ni bagus,sebab berasaskan laman web pmbelajaran.mana2 pmbeli blh meng-akses laman web dan menuntut ilmu.masalahnye skrg ;

    i) bisnes ni brbentuk sistem piramid,dn siapa yg duduk bhg ats,akan mndapat naik pangkat dan ganjaran apabila ada ahli baru yg didaftar.dn utk yuran keahlian bukan sikit seperti rm80,rm50...tapi modal mesti sekurang-kurangnye rm600,dan paling tinggi rm9000...adakah bisnes ni logik dan sah halalnye?

    ii) sy terkilan tengok ayat ni "Justeru,sy kira,amat tipis utk mcari MLM yg x tgolong dlm item2 salah yg sy sebutkn di ats"...betul ke mmg ade sikit je bisnes2 MLM yang BETUL2 sah ikut syariat?....sekiranye sy still was2 dgn bisnes "Pencil.my" ni,adakah lebih baik sy tinggalkannye saja?kerana niat sebenar saya untuk join bisnes ni,bukan untuk kaya pon,tapi lebih kepada ingin meringankan beban mak ayah saya...mohon tuan balas,tenkiu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ("sekiranye sy still was2 dgn bisnes "Pencil.my" ni") <-- lihat hadith dibawah :

      Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.
      (Riwayat Bukhori dan Muslim)


      Sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Untuk hindar dari perkara-perkara syubhah, tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meragukanmu."
      [Hadis Riwayat Ali bin Abi Talib]

      Sy tidak tahu apa2 mengenai perniagaan Pencil.My . Comment saya adalah berdasarkan keraguan saudara. WA.

      Delete
  9. bagaimana dengan web ini ustadz, kira - kira haram atau tidak?
    software penambah rekening
    http://softwarepsr.com/
    tlong jawabannya ustadz
    email saya rahmatnaharin@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..sy tidak tahu apa2 mengenai web yang saudara beri..bagai mana sy nak bercerita mengenai sesuatu yang sy tak tahu?

      Delete
  10. assalammualaikum.. saya faham dengan penyataan tuan di atas.. Saya kenal dunia MLM nih dari sekolah lagi.. Yang pertama ianya tidak jelas.. Ianya berdasarkan wang dan tiada produk.. Modal RM 50, cari orang akan dapat percentage jika downline cari orang juga.... Kiranya kita goyang kaki tunggu duit masuk.. Tapi disebabkan saya tak faham dan RM50 masa tuh bagi saya besar sangat nilainya.. Jadi hanya abaikan.. 3 tahun yang lalu saya ada join SKOR A.. kita kena pergi taklimat dia.. agak memaksa.. produk dia jelas.. tapi yuran nak masuk tuh ikut package ada yang 800+,1000+, 2000+, disebabkan ianya susah untuk menarik orang ... jadi duit tuh kira burn sebab mahal bagi kami yg x ada duit ni.. Jadi baru3 nih saya sangat tertarik dengan tunetalk yg harga rm 80... Bagi saya ianya satu peluang.. Jika tuan dapat membuat research mengenainya tentang halal dan haram.. ini email saya nkacang@gmail.com.. tq

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya macamana pula dgn MLM epic e cosway? Maaf la...info ini memenuhi ruang ustaz...

    ��MLM EPIC+ECOSWAY��
    yg bakal dilancarkan tidak lama lagi (16 JANUARY 2014) bakal menjadi MLM company yang terkemuka dengan kerjasama Glen Jensen, former CEO and Co-Founder kepada Agel dan Synergy Worldwide yang telah membawa dua syarikat ke kedudukan 100 direct sales company di dunia.��

    Ia bekerjasama dengan CEO eCosway iaitu Dato' Al Chua dan eCosway ini dinaungi ole Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan iaitu founder kpd Berjaya Group. Apa kejayaan Berjaya Group? Starbucks, Kenny Rogers, hotel dan resort di Malaysia, Philipines, London dll… malah kelab Bola Sepak Cardiff City juga dimiliki oleh Berjaya group.
    Company yang diiktiraf bukan?

    Epic Era mengajak anda untuk sama-sama memulakan business binary system yg menguntungkan ini. Anda tidak perlu bermula daripada pangkat yg bawah sekiranya anda punch sebelum 16 JANUARY 2014 hanya beberapa minggu saja lagi!!

    ��NOTE: Income akan dibayar setiap minggu! EPIC
    Dan SETIAP 30HB. ECOSWAY��

    Dan yg paling best nya ialah tiada OVERPAY dan FLUSHING!!!

    Epic Era ini adalah plan terbaru bermula dari Sabah.. bukan Semenanjung Malaysia. Bayangkan keuntungan sebagai PIONEER selepas EPIC dilancarkan pada 16 JANUARY 2014.

    BERJAYA GROUP memilih negeri Sabah memulakan EPIC utk membuka peluang kepada Sabahan menjadi kepala dalam sistem sebelum pelancaran Epic di seluruh Malaysia
    ( PIONEER LEADER )..

    Pakej menarik..��
    500ev+350ev. =4715. Hero.
    500ev+200ev= rm3815 ambassador
    100ev+200ev=rm1575..mentor
    ��
    Dengan hanya 2 line, kita layak mendapat bonus Epic Product Development Incentive (EPDI), Team Cycle Commission (TCC) dan Epic Matching Bonus (EMB). Malah berbeza dengan mana-mana MLM lain, kita mempunyai rangkaian TEAMWORK yang berkaliber untuk sama-sama membantu kita mencari downlines. Bukan bekerja sendirian.

    INGAT! HANYA 2 LINE saja KITA LAYAK MENERIMA SEHINGGA ***RM3200 SEMINGGU!!


    LEVEL DAN MAXIMUM BONUS (dibayar setiap JUMAAT)
    # Connector = RM3200
    # Champion = RM8k
    # Mentor = RM16k
    # Ambassador = RM32k
    # Hero = RM48k
    # Icon = RM64k
    # Legend = RM80k
    # Humanitarian = RM96k

    P/S: Kita BUKAN menjual sebarang produk TETAPI kita akan menerima produk utk kegunaan sendiri.. malah pakej yang kita bayar akan menerima barang daripada eCosway on the spot.

    JOM KITA UBAH INCOME KITA! SEMUANYA BERMULA DARI KITA SAJA!!

    ReplyDelete
  12. Assalam.. sy ingin pencerahan ttg bisnes herbalife.. email : ainn84@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri