Kelebihan dan Khasiat Cuka

Cuka(Khall)
Sabda Rasulullah saw: “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.


Hadis riwayat Muslim dalam shahihnya  : Dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasululla saw pada suatu hari bertanya kepada salah seorang isteri baginda tentang lauk yang mereka ada? Isteri nya menjawa:

"Kami hanya mempunyai cuka."

Baginda menyuruh diambilkan lauk tersebut lalu muls mrmsksnnys dsmbil berkata :

"lauk paling sedap ialah cuka " (sebagai tambahan dari zadul ma'ad, kemungkinan dalam naskah asal tercicir.Tambahan sebelum ini amat baik sekali)

Adapun didalam sunan Ibn Majah diriwayatkan menerusi hadis ummu Said, dai Nabi saw bahawa baginda bersabda yang bermaksud :

"Lauk paling sedap ialah cuka. YaAllah berkatilah cuka ini. Rumah yang ada cuka didalamnya , tidak boleh dikatakan miskin"

Cuka terdiri dari unsur panas dan unsur sejuk, Namun unsur sejuknya lebih kua

Sifatnya kering pada peringkat ketiga , mempunyai unsur pengering tingkat tinggi, dapat mencegah keluarnya unsur makanan dalam tubuh , pada masa yang sama juga dapat melancarkan buang air besar.

Cuka khamar amat berguna bagi :
  • mengubat radang perut 
  • mencegah penyakit kuning
  • mencegah bahaya ubat ubat kimia beracun
  • bahkan boleh mencairkan susu ibu dan darah jika berlaku pembekuan di dalam tubuh.
  • Berguna juga untuk limpa 
  • membasahkan perut 
  • menguatkan otot perut
  • menghilangkan dahaga 
  • mencegah pembengkakan 
  • membantu penghadaman
  • melawan kahak
  • melembutkan makanan makanan keras
  • serta melancarkan peredaran darah.

Jika diminum dengan campuran garam , sesuai untuk merawat orang yang termakan cendawan beracun. Jika dibuat lauk boleh memotong amandel yang tumbuh dihujung langit langit rongga mulut. Dan jika digunakan untuk berkumuh dalam keadaan hangat boleh mengatasi sakit gigi dan menguatkan gusi.

Cuka juga boleh mengubat agnail(luka bernanah sekitar kuku),
jika disapu pada bahagian yang sakit , mengubat gigitan semut, bengkak panas, luka akibat terbakar, penambah selera makan , menenangkan perut, berguna bagi kalangan muda , juga untuk musim panas untuk negara negara panas .

Sumber rujukan : Kitab Attibb annabawiy

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri