Khasiat Dan Kelebihan Madu - Penawar Perut Melilit / Tidak selesa
Dari Abul Mutawakkil, dari Abu Said Al-Khudri :
“Ada seorang yang dating menemui Nabi Muhammad SAW , lelaki itu mengadu : “Saudaraku diserang penyakit perut melilit .” Dalam riwayat lain diceritakan perutnya melilit lilit. “ Kemudian Baginda Bersabda : “ Minumkan Dia Madu”
(Shahih Bukhari dan Muslim)
Lalu lelaki itu pun pulang ke rumah dan memberi minum madu kepada saudaranya itu seperti yang disabdakan oleh Baginda SAW. Tidak lama ia kembali dan berkata “ Sudahaku beri dia madu , tetapi ia belum juga sembuh. Dalam riwayat lain dikisahkan “….bahkan penyakitnya semakin bertambah”. Begitulah dikisahkan bahawa lelaki itu pulang dan kembali sehingga 2-3 kali. Setiap kembali kepada Rasulullah , Baginda tetap bersabda :
Pada kali yang ketiga dan keempat baginda menambahkan :
“Sesungguhnya maha benar Allah dan sungguh perut saudaramu yang berdusta”
Didalam shahih Muslim menyebutkan : “Saudaraku diserang penyakit selalu buang air.”
Iaitu kerana rosak penghadamannya hingga perut menjadi bermasalah.
Hadis hadis diatas jelas menjelaskan bahawa Madu mempunyai penawar yang tersendiri. Maha suci Allah yang menciptakan Madu yang penuh dengan Khasiat . Antara Khasiat Madu yang dapat ditulis adalah :
- Membersihkan kototan pada usus, pembuluh darah dan lainnya
- Dapat menormalkan kelembapan tubuh sama ada dengan cara dimakan atau disapukan
- Melembutkan system semula jadi tubuh
- Mengawet pasta atau makanan yang direndan dengan pasta
- Melancarkan buang air kecil
- Menghilangkan rasa ubat yang tidak sedap
- Membersihkan lever
- Merawat batuk berkahak
- Boleh merawat racun cendawan / gigitan anjing gila
- Buah buahan yang direndam dengan madu boleh bertahan sehingga 6 bulan( sebagai bahan pengawet)
- Menghilangkan kutu dan kelimumur jika disapu pada kepala
- Boleh menumbuhkan/ memanjangkan/memperindah/melembutkan rambut
- Menajamkan pandangan mata jika dijadikan celak
- Jika diunakan untuk menggosok gigi boleh memutih dan menjaga kesihatan gigi dan menyihatkan gusi
- Membuka simpulan simpulan pembuluh darah dan membersihkan kotorannya
- Memcuci perut dan membuang kotorannya
- Menghangatkan tubuh secara stabil
- Dan banyak lagi…
Maha suci Allah yang menciptakan madu yang tidak ada satu pun yang lebih baik atau sama dengan madu. Madu menjadi satu satunya sandaran orang orang terdahulu. Bahkan buku buku perubatan klassik tidak pernah menyebut unsur gula lain selain madu . Unsur gula lain baru dikenali oleh perubatan kemudian sahaja.
Nabi Muhammad SAW sendiri sudah biasa meminum madu dicampur dengan air untuk membersihkan air liur . Tetapi kebiasaaan Baginda itu menyimpan sebuah rahsia menakjubkan untuk menjaga kesihatan. Allahu Rabbi.
Didalam kitab sunan Ibni Majah secara Marfu’ diriwayatkan dari Abu Hurairah :
“Sesiapa meminum 3 sudu madu dalam tiga pagi sahaja dalam sebulan , tidak akan diserang penyakit berat.”
Menuruit Riwayat Lain :
“Hendaklah kamu menggunakan dua macam ubat : Madu dan Al-Quran”
Disinilah dipadulan antara perubatan manusia dengan perubatan Ilahi, antara rawatan kejiwaan dengan rawatan badan, antara ubat berunsur bumi dengan berunsur dari langit .
Penjelasan Hadis
Pemahaman mengenai perubatan menggunakan madu jika terasa perut bagai dililit / tidak selesa : Madu berfungsi membuang kotoran yang terhimpun di dalam perut dan usus, sebab madu memang menggandungi unsur penolak segala macam kotoran.
Kenapa perlu meminum madu secara berulang ulang ? : ianya kerana ubat perlu diamakan dengan dos yang tepat sesuai dengan penyakit yang dialami . Jika doanya kurang , tidak akan bnyak membantu. Jika dosnya berlebihan juga akan melemahkan badan hingga boleh menimbulkan bahaya lain. Nabi Muhammad SAW menyuruh lelaki tadi meminumkan madu kepada saudaranya yang sakit dengan dos yang sesuai untuk merawat penyakit yang dialaminya, tetapi doa yang diminumnya tidak mencapai doa yang memadai. Ketika lelaki tadi dating dan memberitahu keadaan pesakit kepada Nabi SAW maka Baginda mengerti bahawa dos yang diberikan memang belum mencukupi. Selepas ia dating berkali kali dan Nabi SAW menyuruh untuk terus menambah dosnya hingga mencapai doa yang sesuai dengan keperluan untuk mengubat penyakit tersebut. Selepas ubat itu diminum secara berterusan dengan Izin Allah penyakit itu sembuh.
Pengenalan mengenai memakan ubat secara bertepatan dengan dos dan penyakit yang dialami adalah formula perubatan yang terbesar.
Adapun Baginda bersabda
“Sungguh Maha Benar Allah dan sungguh perut saudaramu yang berdusta”
Mengisyaratkan bahawa ubat tersebut memang mujarab . Penyakit itu masih terasa kerana perutnya yang bermasalah kerana terlalu banyak mengandungi zat zat yang merosakkan perut. Dan baginda menyuruh agar perubatan diulang kerana unsur yang mesti dibersihkan terlalu banyak.
Comments
Post a Comment