Kelebihan dan hikmah kahwin di awal..

Terlebih dahulu kita ambil sepotog ayat alQuran didalam surah an nur ayat 32
"dan kahwinkanlah orang orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalagan kamu, dan rang orang yang soleh dari hamba hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah maha luas (rahmat dan limpah kurniaNya). Lagi maha mengetahui."
Dari ayat ini dapatlah kita fahami bahawa dengan berkahwin, Allah akan menganugerahkan semangat kerana stu rasa tanggungjawab kepada keluarga. Maka,  dengan semangat itulah Allah kemudian memberikan kemudahan bagi seseorang untuk menuju kemenangan.
Perkara ini jika firman Allah td difahami dari segi logik. Bahawa sesuatu itu ada prosesnya, ada sebab dan akibatnya dan demikian itu termasuk sebahagiaan dr sunnahtullah. Namun memahami ayat tersebut juga bukan sentiasa demikian. Sesungguhny Allah maha berkuasa dalam mengatur segala sesuatu. Bila Allah mahu maka tidak ada sesuatu pn yang boleh menghalangNya.

Demikian Juga dengan janji Allah yang akan memberi mereka dengan kurniaNya,  maka akan ada sahaja jalannya. Disangka2 atau tidak pernahndisangka sangka.. Dalam perkara ini, tugas seorang hamba adalah meyakini akan kebenaran dan janjiNya. Mari renungkan firman Allah ini. :
"wahai umat manusia,  sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar. Maka janganlah kamu diperdaya oleh kemewahan hidup didunia dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengn (kemurahan) Allah lalu kamu lalai dan menderhaka"
(surah fatir :5)
Hadis : nikahi lah olehmu golongan wanita itu, maka sesungguhnya mereka akan membawa harta(rezeki) bagi kamu
(riwayat hakim dan abu daud)
Ya memang benar. Dengan berkahwin akan dipermudahkan olehnAllah jalan harta atau rezki bagi kita.
Sebahagian pendapat org yg berpendapat bahawa, jika lelaki atau perempuan blm mempunyai ap apa sebelum berkahwin,  maka carilah calon pasangan yang kaya. Dalam persoalan ini marinkita lihat hadis rasulullah saw yg brmaksud :
"sesiapa berkahwin dengan wanita kerana kekayaannya maka tidak akan bertambah kekayaannya bahkan sebaliknya. Sesiapa yg berkahwin dengan wanita kerana kebangsawanannya,  maka Allah tidak akan menambah kecuali kehinaan"
(al hadis -lebih jelas baca fiqh islam H. Sulaiman Rashid,  bab kitab nikah, ms 374-377)
......................................
"sesiapa dikalangan kamu telah mampu berkeluarga hendaklah dia berkahwin. Kerana ia mampu menundukkn pandangan dan memelihra kemaluan. Sesiapa belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia dapat mengawalmu"
(muttafaqun alaih)
"jika sebelum berkahwin kita merintih sendiri dihadapan Allah kerana kesukaran keadaan kita, namun setelah berkahwin terdapat doa yang saling menguatkan antara suami dan isteri,  sama sama memohon pada Allah yang maha mengetahui akan segalanya" subhanAllah..
"anggapan bahawa hidup setelah berkahwin akan menjadi teratur dan mudah,  memang bukan sepenuhnya tepat. Namun telh ramai yang membuktikan bahawa kehidupan mereka menjadi lebih indah, lebih mudah, lebih teratur..pokok pangkalnya adalah hati..."=')
"bila dua cinta telah diikat dalam satu akad nikah yang suci, bermakna kini manjadi halal segala perkara yang sebelumnya diharamkan. Dua jiwa itu kini bersatu dan telah sah menjadi suami isteri. Maka,  keduanya dipersilakan memenuhi getaran cinta, meneguk madunya dan saling memberikan belaian kasih dan sayang dalam taman rumahtangga yang penuh dengan pesona."
"dengan berkahwin,  kita mengharap Allah swt menganugerahkan rezeki yang barakah kepada kita. Rezeki yang barakah adalah rezeki yang mententeramkan jiwa yang menjadikan kita bahagua,  yang semakin menungkatkan rasa syukur, dan yng menjadikan kita semakin suka dan giat dalam beribadah "
Hanya Kepada Allah swt kita menyembah...
Allahu rabbi...

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri