Musa Berguru Dengan Khidir

Nabi Musa a.s sedang berkhutbah di hadapan kaum Bni Israel apabila seseorang dikalangan mereka bertanya,
"Siapakah manusia yang paling pintar?"
Jawab Musa a.s "Akulah" . Jawapan baginda itu menyebabkan Allah SWT menegurnya keranatidak mengembalikan ilmu itu kepada Pemiliknya iaitu Allah SWT.

Jesteru Allah SWT mewahyukan kepadanya , "Ada seorang hamba Ku yang mendiami sebuah tempat di pertemuan dua lautan , Ilmunya melebihi ilmumu."

Nabi Musa as bertanya, Wahai Tuhanku!, Bagaimana aku dapat berjumpa dengannya?";

Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tangkaplah seekor ikan dan letakkannya di dalam bakul yang diperbuat daripada daun kurma. Apabila ikan itu hilang  maka disitulah tempat kamu akan bertemunya."

Lalu Nabi musa menangkap seekor ikan untuk diletakkan di dalam bakul . Kemudia dia memulakan perjalanan bersama sama pembantunya, seorang pemuda yang bernama Yusya' bin Nun.

Apabila sampai berdekatan dengan sebuah batu yang besar mereka berhenti untuk berehat. Disebabkan keletihan, Nabi Musa tertidur . Waktu itu Ikannya melompat kembali ke dalam laut. Allah SWT telah menahan ikan itu daripada bergerak di dalam aliran air yang terbentuk seperti engkungan bangunan. Musa yang tidak menyedari keadaan itu meneruskan perjalanannya.

Mereka berhenti berehat sekali lagi. Musa berkata kepada pembantunya ," Bawalah kemari makanan kita. Kita telah keletihan disebabkan perjalanan ini." Lantas pembantunya berkata "Adakah tuan tahu bahawa ketika kita berehat sebelum ini sesuatu yang pelik telah berlaku kepada ikan di bakul itu? Ikan itu melompat masuk kembali ke dalam laut. Syaitan telah membuatku lupa untuk menceritakannya kepada tuan tentang kejadian itu"


"Keadaan ikan yang melompat itu mengingatkan Nabi Musa kepada Wahyu Allah sebelum perjakanan mereka. Nabi Musa lantas berkata , "Itulah tempat yang dicari!"

Mereka berdua berpatah balik hingga sampai semula ke tempat ikan itu terlepas tadi.

Disana mereka berjmpa dengan seorang lelaki yang sedang menutup mukanya dan mengucapkan salam kepada Musa. Musa menjawab salamnya. Lelaki itu bertanya "Siapakah engkau?" Nabi Musa menjawab , "Akulah Musa ". Tanya lelaki itu lagi, "Musa daripada Bani Israel?" Musa menjawab  "Ya, Aku datang bertujuan untuk mbelajar ilmu daripadamu untuk dijadikan petunjuk." Musa tahu bahawa berdasarkan firman Allah , Itu ialah Khidir. Dia akan menemuinya disitu.

Lelaki itu berkara, "Wahai Musa ! sesungguhnya Allah SWT telah mengajarku ilmu yang tidak dimiliki olehmu, "Nabi musa bertanya, "Bolehkah aku mengikutmu?" Beliau menjawab , "Sesungguhnya engkau tidak akan dapat bersabar  jika mengikutku". Bagaimanakah engkau dapat bersabar atas sesuatu sedangkan engkau belum memiliki pengetahuan yang cukup tentangnya?"
Nabi Musa menjawab, "Insyaa Allah engkau akan mendapatiku seorang yang sabar, dan aku akan menurut apa 2 jua urusan ." Khidir berkata. "Jika begitu, maka syaratnya jangan lah engkau bertanya apa apa pun sehingga aku menjelaskannya kepadamu."

Kedua dua mereka bertolak dengan menyusuri lautan. Mereka bertemu sebuah kapal yang akan belayar Mereka meminta daripada nakhoda kapal agar membenarkan mereka menumpang . Apabila diketahui bahawa itu ialah Khidir, Mereka dibenarkan menumpangnya tanpa bayaran.

Dalam pelayaran ,Seekor burung bertenggek  di atas kapal itu, Kemudia burung itu mencelupkan paruhnya ke dalam air sebanyak dua kali. Khidir berkata kepada Nabi Musa, "Hai musa !Ilmu yang kita miliki tidak akan mengurangiilmu Allah ibarat apa yang dihirup oleh sang burung itu"

Sejurus kemudia Khidir mengambil kapak lantas mengapak papan di bahagian atas kapal itu sehingga kelihatan cacat

Dengan spontan Musa bertanya, "Mengapa kamu lakukan demikian kepada kapal yang telah membawa kita secara percuma?Apakah kamu ingin menenggelamkan semua penumpang? Ini satu kesalahan besar. Khidir berkata "Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak akan dapat bersabar denganku?"

Nabi musa berkata, "Janganlah engkau menghukum ku kerana terlupa dan jangan lah engkau membebani aku dengan sesuatu yang menyusahkan aku" Nabi musa telah melakukan kesilapan buat kali pertama .

Selepas sampai di daratan, mereka meneruskan perjalanan sehingga bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang bermain dengan kawan kawannya. Tiba2 Khidir menangkap budak itu lalu membunuhnya .

Nabi musa bertanya kepadanya. " Mengapakah engkau melakukan demikian kepada anak yang tidak berdosa, sedangkan dia tidak membunuh sesiapapun? Engkau telah melakukan kejahatan!"

Khidir berkata "Bukankah sudah aku katakan bahawa engkau tidak akan dapat bersabar denganku?"

Musa berkata " Baiklah! Jika aku masih bertanya kepadamu selepas ini maka engkau boleh menghalangku daripada mengikutmu lagi selepas ini. Sesungguhnya engkau sudah cukup bersabar menerima pelbagai alasan daripadaku"

Kedua dua mereka meneruakan perjalanan hingga sampai di sebuah tempat . Mereka telah meminta penduduk setempat menyediakan makana buat mereka tetapi penduduk setempat enggan melayani mereka. Kemudia kedua duanya membangunkan semula sebuah dinding yang telah hampir roboh.

Nabi Musa berkata, "Kita melawat suatu tempat yang penduduknya tidak mahu meraikan kita apatah lagi menjamu kita, tetapi engkau masih lagi mahu meraikan mereka dengan memperbaiki dinding yang hampir runtuh itu? Jika engkau ingin mendapatkan upah tentulah engkau layak memperolehnya."

Khidir berkata " Inilah tempat kita akan berpisah dan aku akan memberikan penjelasan kepadamu atas perbuatan yang engkau persoalkan itu"

Dalah hal ini Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Jika Nabi Musa a.s bersabar sedikit , maka tentulah banyak lagi perkara yang akan dipelajarinya dan akan sampai kepada kita "(Riwayat Bukhari no 4727)

Dalah surah al-Kahfi ayat (79-82) Allah swt menjelaskan tindakan yang dilakukan oleh Khidir a.s, dengan firmanNya yang bermaksud :



"Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya"

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri