Al-`Ain: Pandangan mata yang membinasakan
`Ain diambil daripada kata kerja `ana ya`inu apabila menyakiti dengan matanya. Asalnya adalah kekaguman terhadap sesuatu oleh orang yang melihat ('aa-in)nya. Kemudian diiringi sifat jiwanya yang jahat, selanjutnya dia menggunakan media pandangan untuk melaksanakan niat jahatnya tersebut kepada orang yang menjadi sasarannya. Adakalanya seseorang melakukan hal ini secara sedar dan kadang pula diluar kehendaknya. 'Ain kadang-kadang bersumber dari seorang yang shalih kerana kekagumannya terhadap sesuatu. Sebagaimana terjadi dalam kisah Amir bin Rabi'ah, seorang sahabat mulia ketika menimpakan ain kepada Sahl bin Hanif ra. Kisah tentang hal ini dituturkan oleh Abu Umamah, putra Sahl bin Hunaif:
“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.”
(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562)
(Fathul Bari, 10/215)
Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin menyatakan bahawa ‘ain itu benar-benar ada dan telah jelas adanya secara syar’i maupun indrawi. Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan hampir-hampir orang-orang kafir itu menggelincirkanmu dengan pandangan mereka. tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: 'Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila.'”
(Surah Al-Qalam, ayat 51)
Ibnu ‘Abbas dan selain beliau menafsirkan ayat ini bahwa orang-orang kafir itu hendak menimpakan ‘ain kepadamu dengan pandangan mata mereka.
Demikian pula Rasulullah menjelaskan tentang keberadaan ‘ain ini, sebagaimana disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.”
(Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165)
Al-Imam An-Nawawi mengatakan, hadits ini menjelaskan bahwa segala sesuatu terjadi dengan takdir Allah, dan tidak akan terjadi kecuali sesuai dengan apa yang telah Allah takdirkan serta didahului oleh ilmu Allah tentang kejadian tersebut. Sehingga, tidak akan terjadi bahaya ‘ain ataupun segala sesuatu yang baik maupun yang buruk kecuali dengan takdir Allah. Dari hadits ini pula terdapat penjelasan bahwa ‘ain itu benar-benar ada dan memiliki kekuatan untuk menimbulkan bahaya.
(Syarh Shahih Muslim, 14/174)
‘Ain dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan dengki (hasad). Demikian pula timbulnya ‘ain itu tidak selalu dari seseorang yang jahat, bahkan boleh jadi dari orang yang menyukainya atau pun orang yang shalih.
(Fathul Bari, 10/215)
Ibnul Qayyim berkata: "`Ain itu laksana anak panah yang meluncur dari pelakunya, adakalanya mengenai sasaran dan adakalanya tidak. Maka jika secara kebetulan dia dalam keadaan terbuka, tanpa perisai pasti anak panah itu melukainya, dan jika dia dalam keadaan waspada lengkap dengan senjata yang tidak meninggalkan celah bagi anak panah, niscaya tidak akan melukainya dan boleh jadi anak panah-anak panah itu akan berbalik ke arah pembidiknya".
(Zaadul Ma'ad IV/165)
Syaikh Sadkhan mengatakan: "`Ain adalah penyakit yang banyak menimpa manusia sedang penyakit lainnya adalah pengecualian (tidak seberapa). Dalil kami atas kesimpulan ini adalah sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya:
"Kebanyakan orang yang mati dari umatku setelah kerana ketetapan dan takdir Allah adalah sebab tertimpa `ain."
(HR Al-Bukhari)
Imam Ahmad dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Asma' binti 'Umais berkata:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya Bani Ja'far tertimpa `ain, apakah aku boleh meminta orang meruqyah mereka? Beliau menjawab: "Ya boleh. Andai kata ada sesuatu yang boleh mendahului takdir niscaya `ainlah yang mendahuluinya."Rasulullah memerintahkan untuk melakukan ruqyah, yaitu pengobatan dengan Al Qur’an dan dzikir-dzikir kepada Allah, terhadap orang yang terkena ‘ain. Beliau memerintahkan hal itu pula kepada istri beliau, ‘Aisyah:
“Rasulullah memerintahkannya untuk melakukan ruqyah dari ‘ain.”
(Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5738 dan Muslim no. 2195)
Diceritakan pula oleh Jabir bin ‘Abdullah ketika Rasulullah menyuruh agar anak-anak Ja’far bin Abu Thalib diruqyah:
Nabi berkata kepada Asma’ bintu ‘Umais, “Mengapa aku lihat anak-anak saudaraku kurus-kurus? Apakah karena kekurangan?”. Asma’ menjawab, “Bukan, akan tetapi mereka cepat terkena ‘ain.” Beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka!”. Asma’ berkata: Maka aku serahkan urusan ini kepada beliau, lalu beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka.”
(Shahih, HR. Muslim no. 2198)
Bahkan Jibril pernah meruqyah Rasulullah ketika beliau sakit dengan doa:
بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك
“Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitkanmu dan dari setiap jiwa atau pandangan yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu.”
(Shahih, HR. Muslim no. 2186)
Rasulullah senantiasa memohon perlindungan dari ‘ain, sebagaimana dikabarkan oleh shahabat yang mulia, Abu Sa’id Al-Khudri:
“Rasulullah senantiasa berlindung dari jin dan pandangan manusia, hingga turun surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Ketika keduanya telah turun, beliau menggunakan keduanya dan meninggalkan yang lainnya.”
(HR. At-Tirmidzi no. 2059 dan Ibnu Majah no. 3511, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Ibnu Majah no. 2830)
Kadang-kadang `ain bersumber dari jin. Dari Ummul Mu'minin Ummu Salamah r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang budak perempuan yang wajahnya ada suf'ah (bintik-bintik hitam), maka beliau bersabda:
"Mintalah ruqyah untuknya kerana dia tertimpa pandangan (`ain)."
(HR Al-Bukhari)
Al-Farra' berkata: "Maksud sabda beliau 'suf'ah' adalah pandangan (`ain) dari jin."
`Ain ada dua jenis:
- `Ain yang membuat hati gelisah. Jenis ini boleh berlaku pada semua orang ketika mereka memuji tanpa dengan menyebut nama Allah. Kerana syaitan hadir dan ketika mendengar sanjungan tersebut, dia segera menuju kepada orang yang dipuji dan dia pun boleh mempengaruhinya dengan izin Allah SWT.
- `Ain yang membinasakan. Jenis ini boleh berlaku pada sebahagian manusia yang lemah imannya dan jumlah mereka sedikit - semoga Allah tidak membanyakkan jumlah mereka. Apabila dia memuji, syaitannya segera bergegas lalu membinasakan orang yang dipuji dengan izin Allah SWT.
Tanda-tanda `ain diantaranya muka berwarna kekuningan dan pucat dsertai sesak nafas dan nyilu di bawah punggung serta bahu, rasa pening yang berpindah-pindah, nyilu di hujung-hujung jari yang disertai banyak keluar peluh dan sering buang air kecil, panas rusuk dan sukar tidur pada malam hari. Juga perubahan emosi yang tidak lazim seperti sering marah dan meledak-ledak, mudah menangis tanpa sebab dan jantung berdebar-debar.
Sumber:
Panduan Praktis Terapi Penyembuhan Syar'i, edisi terjemahan dari susunan Ummu Maryam, terbitan At-tibyan.
http://anakmuslim.wordpress.com/2006...andangan-mata/
http://ummahat.wordpress.com/2007/06...in-yang-nyata/
Berikut pula perihal `ain yang diceritakan dalam siri kursus Perubatan Islam oleh Prof Dr. Ustaz Jumadi Mustar, Darul `Ilaaj:
- terdapat hadith sahih dan hasan yang menyebut `ain boleh menyebabkan seseorang yang sedang berada di tempat tinggi terjatuh dan seseorang yang sedang mendaki bukit terjatuh ke bawah.
- `Ain boleh berlaku dengan melihat, mendengar atau hanya dengan isyarat.
- `Ain ada dua iaitu daripada manusia atau daripada syaitan.
- `Ain dan sihir ada bezanya, boleh dikesan menggunakan alat moden.
- `Ain boleh terkena pada diri sendiri apabila seseorang terasa takjub dengan dirinya.
- Jin juga boleh mengenakan penyakit `ain dengan panahan matanya, selalulah berdoa ketika membuka baju, tengok cermin, masuk ke tandas dan sebagainya.
والله أعلم بالصواب
Ulasan
Salah satu hikmahnya Allah memerintahkan kita menundukkan pandangan dan menutup aurat adalah untuk melindungi diri daripada mengenakan atau terkena penyakit `ain.
Ustaz Jumadi Mustar pernah menyebut, lebih 90% wanita pesakit kanser ada jin yang merasuk dalam badannya. 'Mungkin' kerana pandangan mata orang yang hasad terhadap mereka yang tak menutup aurat terutamanya terhadap bahagian dada (maaf).
Teringat saya kisah dalam X-Files yang pernah saya tonton zaman sekolah dulu, seorang kanak-kanak merenung lampu isyarat menyebabkan lampu yang menyala bertukar hingga menyebabkan kemalangan. 'Mungkin' ia adalah kerana `ainnya yang kuat. Ada yang mengatakan kebolehan ini dalam istilah moden, disebut 'Hypnotisme'.
Panduan mengelak mengenakan `Ain
Nasihat saya, janganlah terlalu takjub dengan ciptaan Allah SWT. Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah "MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah." seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40 yang maksudnya:
Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz:
(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40)
أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.)
Allah SWT ada beri sedikit panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A'raaf, ayat 200 yang maksudnya:
"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(Maksud Surah Al-A‘raaf ayat 200 )
original post
Comments
Post a Comment