Mencari Barang Hilang Dimasjid

Assalamualaikum wbt..

Di dalam Kitab Irsyad As-Salikin Ila Akhta'il Musallim ada menyebut mengenai teguran teguran dan larangan larangan yang sepatut nya kita sebagai umat islam hari ini mengambil serius kerana teguran ini sering kali kita lakukan di dalam Masjid. Hari ini ingin saya berkongsikan satu larangan yang begitu sinonim kita lakukan di dalam Masjid iaitu mencari barang hilang di masjid.

Sebahagian orang apabila kehilangan sesuatu barang contohnya jam tangan, cincin dan sebagainya maka dia akan pergi kepada AJK masjid dan meminta untuk mengumumkan dengan pembesar suara perihal kehilangan itu. Perbuatan seperti ini adalah salah kerana Nabi s.a.w melarangnya.



Nabi s.a.w pernah bersabda :
"Sesiapa yang mendengar seseorang mencari barang di masjid maka katakanlah, 'Semoga Allah tidak akan mengembalikan kepadamu kerana Masjid tidak dibina untuk ini" 
(Dikeluarkan Oleh muslim dari Abu Hurairah (5/7) (Hadis no: 79 Al - Masajid)

Dalam Sebuah riwayat ada menyebut  " Sesungguhnya masjid itu dibina untuk tujuan asal".

Apakah tujuan Asal masjid dibina..?
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Tujuan asal yang dimaksud kan adalah untuk berzikir kepada Allah s.w.t , solat ,mempelajari suatu Ilmu dan bertadabbur(mengangan angankan) dalam kebajikan dan sebagainya.

Imam An-Nawawi berkata hadis ini mengandungi beberapa faedah diantaranya :
Larangan mencari barangan yang hilang di masjid dan memperolehinya itu sama halnya dengan jual beli, sewa menyewa dan sebagainya dari akad serta makruh meninggikan suara di Masjid. W.A




Rujukan : Kitab Irsyad As-Salikin Ila Akhta'il Musallim




Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri