Siri Empat - SAIE
Assalamualaikum...untuk membaca mengenai ibadah umrah, sila klik (Ibadah Umrah Siri Satu) , (Ibadah Umrah Siri Dua) , (Ibadah Umrah Siri Tiga )
Rukun ke 3 dalam ibadat Umrah adalah Saa’I atau Saie. Saie adalah berjalan dari bukit Safa dan Marwah 7 kali dengan mengikuti syarat2nya. Bagi yang uzur, bolehlah diupah kereta sorong, motor berbateri atau di usung.
Setelah selesai Tawaf, hendaklah seseorang itu bergerak ke Mas’aa (tempat bersaie) dan apabila menghampiri al-Safa’ maka disunatkan membaca :
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
“Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah” [Surah al-Baqarah : 158].
Dan hendaklah dia menyebut :
نبدأ بما بدأ الله به
Transliterasi - “Nabda’u bima bada’a Allaah bihi”
Maksudnya : “Kita mulakan dengan itu dimana Allah telah mulakan”
Kemudian hendaklah dia menaiki bukit al-Safa sehingga dia dapat melihat Ka’bah. KemudiaN hadapkan muka dan angkat kedua2 tangan dan memuji Allah, dan berdo’alah dengan apa yang dia sukai. Nabi :saw pernah melafazkan zikir ini :
لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير . لا إله إلا الله وحده أنجز وعده ، ونصر عبده ، وهزم الأحزاب وحده
Transliterasi – “Laa ilaaha ill-Allaah wahdahu laa shareeka lah, lahul-mulk, wa lahul-hamd, wa huwa ‘ala kulli shay’in qadeer. Laa ilaaha ill-Allaah wahdah, anjaza wa’dah, wa nasara ‘abdah, wa hazamaa al-ahzaaba wahdah”
Maksudnya : “Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah, tidak syirik kepadanya; beliau ialah pemilik, pujian semua adalah kerana-Nya, dan Dia mampu untuk melakukan semua perkara. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah semata-mata, dia memenuhi janji-Nya, kemenangan yang diberikan kepada hamba-Nya, dan mengalahkan tentera Al-Ahzaab” [Hadith Riwayat Muslim].
Hendaklah dia mengulangi bacaan ini 3 kali, dengan lakukan do’a diantaranya. Tertibnya, lakukan zikir diatas, kemudian berdo’a, selepas itu lakukan zikir diatas, dan berdo’a, dan lakukan kali yang ke 3. Kemudian turun ke al-Marwah .
Apabila dia sampai kepada garis penanda hijau, digalakkan untuk berlari semampu mungkin tanpa mengganggu orang lain, kerana Nabi :saw melakukan begini antara al-Safa dan al-Marwah.
Apabila dia sampai kepada penanda hijau yang kedua, hendaklah dia berjalan biasa sehingga tiba di al-Marwah. Hendaklah dia naik keatas dan menghadapkan mukanya ke arah Kiblat, dan angkat kedua2 tangan dan ucapkan zikir sebagaimana yang di lakukan di bukit al-Safa. Kemudian hendaklah dia turun dari al-Marwah dan menuju ke al-Safa, dalam keadaan berjalan dan berlari ditempat yang ditetapkan. Apabila tiba di al-Safa, lakukan apa yang dilakukan pada permulaan tadi, begitulah seterusnya apabila pergi ke Marwah, sehingga dia mencukupkan 7 pusingan/laluan. Maksudnya, al-Safa ke al-Marwah dianggap satu pusingan, dan al-Marwah ke al-Safa adalah satu pusingan. Semasa Saie ini, seseorang itu bebas melakukan zikir, do’a atau membaca ayat-ayat al-Quran.
Pergerakan ibadat Saie diatas boleh ringkaskan kepada syarat-syarat dan sunat-sunat Saie seperti dibawah ini :-
Syarat-syarat Saie
•Dilakukan selepas Tawaf Umrah (tertib)
•Mula di Bukit Safa berjalan ke Marwah
•Cukup 7 perjalanan dengan yakin
•Saie hingga sampai ke hujung / tempat tinggi di Safa dan Marwah
•Saie di Batnul Wadi (landasan) atau Mas’aa (tempat saie)
•Saie kerana bertujuan menunaikan Umrah.
Sunat-sunat Saie
•Keluar ke tempat Saie melalui pintu Safa
•Naik Bukit Safa dan Marwah sehingga sampai ke batu-batu bukit
•Di bukit, mengadap kiblat, angkat ke dua-dua tangan dan takbir.
•Berlari-lari anak (bagi lelaki sahaja) di antara dua (2) tiang hijau sambil berzikir dan berdo’a
•Tujuh (7) perjalanan berturut-turut
•Berwuduk
•Berjalan kaki (kecuali jika uzur)
•Berdoa
Bercukur atau memotong rambut (الحلق أو التقصير)
Apabila selesai melakukan 7 pusingan didalam ibadat Saie, seseorang itu (lelaki) hendaklah mencukur rambutnya, atau memotong pendek rambutnya. Jika dia bercukur, hendaklah dia bercukur keseluruhan kepalanya, dan jika dia memotong rambut, hendaklah dia memotong keseluruhan kepalanya. Mencukur (botak) adalah lebih afdal dari memotong rambut kerana Nabi :saw didalam hadith riwayat Muslim mendo’akan 3 kali keatas mereka yang mencukurkan rambut.
Wanita pula hendaklah memotong rambut sepanjang ibu jarinya.
Bercukur ini menandakan ibadat Umrah telah pun lengkap. Sebagai kesimpulan, Umrah meliputi Ihram, Tawaf, Saie dan Bercukur atau memotong rambut.
Sekian, wassalam
Dari Surah Ibnu Qurrah dan al-ahkam.net

Comments
Post a Comment