Berubat Mengikut Nabi Muhammad SAW

At-Tibb An- Nabawiy (Berubat mengikut Nabi SAW). merupakan Kitab yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziah atau nama penuh beliau Syams al-Din Abu ‘Abd Allah bin Muhammad bin Abu Bakr bin Ayyub bin Sa‘id bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang apabila menurunkan sesuatu penyakit pasti menurunkan ubat dan penawarnya juga. Didalam blog / penulisan kali ini saya akan menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai perubatan mengikut kaedah sunnah junjungan besar Nabi Muhamamd SAW.

Diantara petunjuk yang diajarkan oleh Nabi Muhamamd SAW adalah baginda biasa merawat diri sendiri dan juga menyuruh orang lain yang diserang penyakit , sama ada keluarga atau para sahabat untuk merawat diri sendiri. Bagaimanapun baginda dan para sahabat tidak mempunyai kebiasaan menggunakan ramuan ubat kimia yang di sebut Eqrobadjin.

 Kebanyakan ramuan ubat yang mereka gunakan adalah makanan sihat bukan kimia. Terkadang makanan sihat itu mereka campurkan dengan zat lain sebagai pengimulsi atau sekadar untuk menghilangkan bentuk asalnya sahaja.

Ramuan ubat berupa makanan sihat itu adalah jenis ubat biasa yang digunakan oleh pelbagai etnik di pelbagai negara, sama ada di arab, Turki, atau kalangan kaun badui yang lainnya secara keseluruhan. Hanya bangsa Romawi dan Yunani yang gemar menggunakan ramuan ubat kimia. Manakala orang orang india juga banyak menggunakan ramuan ubat berupa makanan sihat.

Para pakar perubatan yang terkenal malah lebih sering berubat menggunakan makanan sihat yang mengikut ajaran baginda Muhammad SAW.

Methodologi perubatan Nabi terhadap penyakit ada 3 cara :
  • Menggunakan ubat2 tradisional
  • Menggunakan ubat ubat berdasarkan wahyu
  • Gabungan dari kedua dua jenis perubatan tersebut
Memperbaiki keadaan jasmani tanpa memperbaiki hati tidak ada gunanya sama sekali.
Walaupun badan rosak , selama hati tetap baik, bahayanya amatlah kecil sekali iaitu bahaya yang akan hilang, kemudian disusuli dengan manfaat dan kesinambungan dam kesempurnaan. Mudah mudahan Allah memberi TaufiqNya..InsyaAllah..

Terapi alternatif Bagi Orang Islam .
Perubatan mengikut sunnah sangat berkesan , berkat dan memantapkan iman dan keyakinan.

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri