Sempurna sifat antara syarat imam


Soalan

Sekiranya solat berjemaah diimamkan oleh seorang yang cacat anggota badan, apakah imam terbabit dikira sebagai tidak sempurna?

Jawapan

Solat tidak sah jika imam itu bisu, tidak berupaya untuk rukuk, sujud, duduk dan menghadap kiblat kecuali makmum juga sama dengan keadaan imam.

Mengikut mazhab Maliki, disyaratkan imam berupaya menunaikan rukun solat sama ada rukun qauli (perkataan) seperti bacaan al-Fatihah dan fi’li (perbuatan) seperti rukuk, sujud atau berdiri.

Jika imam tidak mampu, tidak sah menjadi imam kecuali apabila makmum dan imam sama-sama uzur. (az-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami, II: 173-79)

Selain itu, imam yang paling layak dalam kalangan anggota masyarakat berdasarkan dua kategori utama iaitu sama ada berdasarkan orang yang paling faqih dan alim mengenai hukum solat serta orang paling baik bacaan dan tajwidnya.

Namun, Imam Malik dan Syafie berpendapat imam dipilih daripada kalangan orang yang paling tahu mengenai hukum solat dan bukannya yang paling baik bacaannya.

Ada yang berpendapat sebaliknya seperti Abu Hanifah, ats-Tsauri dan Ahmad (Ibn Rushd, Bidayat al-Mujtahid, I: 206).

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri