Berwudhuk sebelum tidur elak gangguan syaitan

Berdasarkan Hadis dari Barra' Bin 'Azib bahawasanynya Rasulullah saw bersabda :
"Apabila kamu hendak ke tempat tidur, maka berwudhuklah seperti wuduk kamu untuk menghadiri solat."
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)




Ia adalah saranan berwuduk ketika hendak tidur. Jika seseorang sudah mempunyai wudhuk, maka tidak perlulah mengangkat wudhuk lain kerana maksud saranan sudah tercapai iaitu orang islam perlu tidur dalam keadaan suci. Dikhuatiri maut menjemput ketika itu. Bersuci juda dapat menjauhkan diri dari gangguan syaitan dan mententeramkan diri daripada perasaan takut ketika tidur.

Oleh itu , antara perkara yang diajar oleh islam sebelum tidur adalah :

  1. Mengambil wuduk
  2. membaca zikir yang diajarkan oleh Rasulllah saw kepada saidatina Fatimah dan Saidina Ali ketika hendak tidur hendaklah bertasbih (subhanallah) sebanyak 33 kali, Bertahmid(Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 34 kali.
  3. Membaca ayatul Qursi kemudian menyapu muka serta melurutkan tangan kearah kaki sekadar capaian tangan dan diuang 3 kali.
  4. membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas .
  5. Bermuhasabah diatas dosa dosa harian yang dilakukan sepanjang hari lalu memohon ampun kepad Allah dan berazam melakukan perkara lebih baik pada keesokan harinya.

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri