Sifat marah perlu digunakan pada tempat, masa sesuai


SIAPAKAH yang tidak pernah marah? Ia adalah sifat semula jadi yang dibekalkan Allah dalam diri manusia sama ada untuk menguji atau sebagai alat membela.
Pendek kata, sifat marah jika digunakan pada tempat dan masa yang sesuai memberi manfaatnya. Jika ada orang mempermainkan Islam kita perlu marah dan mempertahankannya. 
Begitu juga jika negara diceroboh, kita mesti marah dan ambil tindakan membelanya. Marah yang tidak bertempat sering kali mengundang permusuhan, hasad dengki, pertengkaran malah pembunuhan.

Lihatlah baru-baru ini, kerana marah suami hendak kahwin lagi dan anak-anak dibunuh­nya. Di Filipina, pada tahun 1995, seorang suami yang marahkan isterinya bertindak membakar rumahnya malah turut menyebabkan 70 rumah lain terbakar.




Kadang-kadang anak-anak menjadi mangsa seperti kejadian di atas. Sejarah marah dapat dilihat dalam peristiwa iblis ketika diberi peluang Allah untuk memaafkannya melalui Nabi Musa yang dilepaskan begitu sahaja.

Kerana marah dan dendam kepada Adam membuatkannya ke neraka. Allah memintanya memohon maaf kepada Adam sebagai syarat. Dengan angkuh iblis menjawab, “kalau masa hidupnya aku tidak taat apa lagi selepas matinya Adam.”

Marah menyebabkan kita kehilangan pertimbangan dan kewarasan. Tidak patut sama sekali jika ada anak yang sejak kecil dibelai ibu dan ayahnya sanggup berbalah dan berpisah dengan kedua ibu bapanya kerana mahu mengikut kekasih yang baru dikenalinya cuma 20 hari. Malah sifat marah ini ada di mana-mana, di kedai, taman atau pejabat dan jika tidak dikawal dengan sungguh-sungguh pastinya menghalang keharmonian di dalam masyarakat.

Marah akan menghalang seseorang ke syurga. Sahabat Nabi pernah bertanya, “Ya Rasulullah, tunjukkan aku satu jalan yang membawaku ke syurga”. Orang yang dapat masuk syurga ialah orang yang dapat mengawal hawa nafsunya itulah kekuatan yang sebenarnya. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:­ “Manusia yang gagah bukannya tunjuk kuat dalam pergaduhan tetapi yang paling gagah bila boleh mengawal marahnya.”

Sememangnya sifat marah adalah sebahagian daripada diri kita tetapi yang penting bukan buang sifat marah itu tetapi mengawal dan menggunakannya pada tempat yang sepatutnya.

Malah antara orang-orang yang mendapat takwa ialah mereka yang dapat mengawal marahnya. Allah ada menjelaskan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Mereka menafkahkan harta benda mereka ketika senang ataupun susah, mereka juga mampu mengawal perasaan marah dan mereka juga memaafkan kesalahan orang lain.” (Surah Ali-Imran ayat134).


Berikut beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:

1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila salah se­orang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”. (Riwayat Abi Dunya).



2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.” (Riwayat Ahmad).


3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, “Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” (Riwayat Asy-Syaikhany).

4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesung­guhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila se­orang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” (Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf). Selamat mencuba!

original post sini

Comments

  1. salam..saya minta izin untuk share di blog saya.Terima kasih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri