Nama dan tugasan Malaikat

  1. Jibrail : - Adalah malaikat yang diberi  amanat untuk menyampaikan wahyu,“Aku melihatnya (jibrail) turun dari langit , tubuhnya yang besar menutupi antara langit sampai bumi”(HR. Muslim no 177, dari Aisyah ra)
  2. Mikail : Bertugas membagi rezki kepada seluruh mahluk Allah.Terdapat penyebutan Jibrail dan Mikail secara bersamaan dalam satu ayat, Allah berfirman : “Barangsiapa menjadi musuh Allah,malaikat malaikatNya , Rasul RasulNya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang yang kafir” (Surah Al BAqarah : 98)
  3. Israfil : Ditugaskan untuk meniup sangkakala atas perintah Allah swt dengan tiga kali tiupan .
  4. Malik : Penjaga Neraka. Allah taala berfirman :“Dan mereka menyeru(ketua malaikat penjaga Neraka) dengan berkata , “ Hai Malik, biarlah Rabb-mu membunuh kami sahaja(kerana kami tak tahan menderita) “ Dia menjawab, Kamu akan tetap kekal tinggal (di Neraka ini).” Demi Sesungguhnya kami telah membawa kebenaran kepada kamu tetapi kebanyakan diantara kamu benci kebenaran itu “ (surah AzZukruf : 77-78)
  5. Ridhwan : Penjaga syurga .
  6. Munkar dan Nakir : Menyoal manusia yang telah mati di dalam alam barzakh(alam kubur).“Tatkala orang yang telah mati dikuburkan. Datanglah kepadanya 2 malaikat yang hitam kebiruan , salah satu diantara keduanya dinamakan Munkar dan yang lainnya dinakmakan Nakir(HR At-Tirmizi, dihasankan oleh syeikh al Albani dalam sahih sunan atTirmizi no 856)
  7. Harut dan Marut : Keduanya termasuk malaikat yang namanya tertulis di dalam AlQuran :“Padahal Sulaiman tidak kafir (mengerjakan sihir), hanya syaitan syaitan itulah yang kafir (mengerjakan  sihir) . Mereka mengajarkan sihir kepada manusi dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat di negeri babil iaitu Harut dan Marut”(Al baqarah : 102)
  8. Izrail : Bertugas mencabut roh (nyawa) semua mahluk hidup termasuk nyawa malaikat dan dialah yg mencabut nyawanya sendiri
  9. Malaikat raqib : Bertugas mencatat segala amal perbuatan baik manusia
  10. Malaikat atid : Bertugas mencatat segala amal perbuatan buruk manusia

Nama-nama Nabi :
  1. Nabi Adam
  2. Nabi Idris
  3. Nabi Nuh
  4. Nabi Hud
  5. Nabi Soleh
  6. Nabi Ibrahim
  7. Nabi Luth
  8. Nabi Ismail
  9. Nabi Ishak
  10. Nabi Ya’kub
  11. Nabi Yusup
  12. Nabi Ayub
  13. Nabi Syu’aib
  14. Nabi Musa
  15. Nabi Harun
  16. Nabi Zulkifli
  17. Nabi Daud
  18. Nabi Sulaiman
  19. Nabi Ilyas
  20. Nabi Ilyasa
  21. Nabi Yunus
  22. Nabi Zakaria
  23. Nabi Yahya
  24. Nabi Isa
  25. Nabi Muhammad s.a.w

Comments

Popular posts from this blog

Bittaufiq Wannajah - Doa untuk menghadapi peperiksaan.

Doa Rabitah (Peneguh Tautan Hati)

Amalan Harian : Al Manzil, Ayat 5, Ayat 7, Ayat 15 - Benteng pertahanan diri