Nasihat Agama Dan Wasiat Iman (Imam Al-Haddad) - Syubhah
Hares Harez
Petikan Kuliah Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid, 21 Jan '12
(Kitab: Nasihat Agama dan Wasiat Iman - Imam Al Haddad):
(Syubhah = Masih dalam syak.)
(Warak = Meninggalkan perkara-perkara yang syubhah.)
Sabda Nabi Muhammad S.A.W: "Untuk hindar dari perkara-perkara syubhah, tinggalkanlah apa yang meraguimu kepada apa yang tidak meragukanmu."
[Hadis Riwayat Ali bin Abi Talib]
Nabi Muhammad S.A.W akan bertanya setiap kali dihidangkan makanan: "Ini hadiah atau sedekah?" Sekiranya makanan itu merupakan sedekah yakni pemberian zakat seseorang, baginda tidak akan memakannnya sebaliknya akan memberikan makanan tersebut kepada orang yang layak menerima zakat (asnaf).
Saidina Abu Bakar As-Siddiq setiap kali hamba sahayanya datang membawa dan menghidangkannya makanan, beliau akan menanyakan sumber makanan tersebut.
"Barang siapa yang membeli satu pakaian dengan harga 1 dirham, nescaya Allah tidak akan menerima satu sembahyang pun selagi baju yang haram itu membaluti tubuhnya."
Ibnu Abbas r.a. berkata:
"Allah tidak akan menerima ibadah seseorang selagi ada makanannya yang haram."
Sesiapa yang tidak menghiraukan sumber makanannya nescaya Allah tidak menghiraukan dari pintu mana Dia memasukkan orang itu ke dalam neraka.
Ibnu Mubarak:
"Menolak 1 dirham yang ada syubhah lebih dicintai Allah dari sedekah 100,000 dirham yang kemudian ditambah lagi dengan 100,000 dirham dan ditambah 100,000 dirham lagi sehingga berjumlah 600,000 dirham."
Barang siapa memakan yang haram maka seluruh anggotanya akan bermaksiat. Barang siapa memakan yang halal maka seluruh anggotanya akan bertaat.
Memakan makanan halal & baik => Menghasilkan amalan halal & baik -> akan diilhamkan Allah untuk beramal soleh.
Faedah memakan makanan halal: Doa akan dikabulkan Allah.
Allah mengkabulkan doa dengan 3 jenis/erti:
- Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
- Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
- Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Para salaf berkata: " Jika anda makan apa sahaja yang anda dapat, maka begitu jugalah cara anda beramal."
(Taqwa = Memelihara diri dari kejahatan.)
Seseorang tidak akan sampai kepada darjat orang yang bertaqwa melainkan dengan meninggalkan perkara yang dibolehkan Allah kerana takut terjerumus kepada perkara yang haram.
Allah itu Maha Baik dan tidak menerima yang tidak baik.
Yusuf ibnu Asbah (194 H):
"Syaitan akan kata pada syaitan-syaitan yang lain: Tengok sumber makanan orang itu, kalau sumbernya tidak baik tidak perlu mengganggunya kerana dia sendiri yang akan membinasakan dirinya sendiri."
Ketaatan yang dilakukan dari sumber yang haram sama seperti membina bangunan di atas lautan.
Buat taat dengan makanan yang haram seperti air yang diserap 'sponge'.
-> Tiada kebaikan yang diperolehi.
Comments
Post a Comment